suria

Tiga pagi masih dalam sungai, sorok kepenatan... Fazura jadi saksi kesungguhan Fattah Amin jayakan watak Awang

Fazura bangga melihat lakonan Fattah dalam filem Mat Kilau.

MEMUJI lakonan mantap aktor Fattah Amin dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, aktres Nur Fazura mengakui dia pernah berasa bimbang dengan keadaan suaminya ketika menjalani penggambaran filem itu pada lewat pagi.

Baharu sahaja kahwin ketika itu, Fazura bagaimanapun mendedahkan suaminya sentiasa kelihatan tenang biarpun kepenatan dan tidak cukup rehat disebabkan ingin memberikan yang terbaik.

"Hi sayang, ingat tak masa awak shoot cerita ni, kita baru saja kahwin. Ingat juga tak masa tu saya punya risau kat you sebab banyak betul babak yang buat I fikir macam-macam kat rumah.

"Terutama masa pukul tiga hingga empat pagi awak masih dalam sungai. Ada buaya ke? Saya tanya... awak boleh gelak saja. Tapi awak jadi diri awak.

Fazura

Fattah bersama Syamsul Yusof yang merupakan pengarah filem Mat Kilau.

"Sentiasa tenang walaupun saya tahu awak penat gila, tak cukup tidur semua pun ada. Awak sangat bersemangat apabila diberi peranan ini dari mula, malah lebih daripada mana-mana peranan yang pernah anda mainkan," katanya.

Kemunculan Fattah dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan bakatnya sehingga lakonannya mendapat pujian ramai dan namanya menjadi trending di laman Twitter.

Ramai dalam kalangan peminat dan penonton filem itu kagum dengan persembahannya membawakan watak Awang dalam filem arahan Syamsul Yusof itu sekaligus membuktikan Fattah bukan lagi 'pelakon kayu' seperti diperkatakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan... Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi 'pelakon kayu'

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu kerohanian jadi ‘playlist’ Fattah Amin dan Fazura, akui jiwa lebih tenang setiap kali dengar

Best ke tak ni? Baiklah, biar saya katakan yang saya kagum dengan semua itu.

NUR FAZURA

PELAKON

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun lalu dan berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM2.8 juta selepas dua hari ditayangkan.

Dalam pada itu, Fazura turut memuji lakonan Fattah yang memegang watak sebagai Awang dan menganggap suaminya kini berada di peringkat berbeza sebagai pelakon.

Malah, Fazura turut berbangga dan gembira akhirnya Fattah dapat menggunakan kemahiran silat yang sudah lama diimpikan untuk dilakukan dalam sebuah karya.

"Jadi, memang saya tunggu nak tengok filem ni. Best ke tak ni? Baiklah, biar saya katakan yang saya kagum dengan semua itu. Persembahan awak sebagai ‘Awang’ dalam filem ini dah letak awak di peringkat yang berbeza sebagai pelakon.

"Awak sudah buktikan dari masa ke semasa lagi sekali awak sangat berbakat. Bakat, ketabahan, rendah hati dan kerja keras awak menjadikan inspirasi saya dan saya bangga dengan awak.

Fattah

Selain Fattah, filem itu turut dibintangi oleh Johan As'ari, Beto Kusyairi dan Datuk Adi Putra.

"Saya sangat gembira awak dapat menggunakan kemahiran ‘silat’ untuk tujuan yang baik, sesuatu yang awak sudah lama impikan untuk lakukan," ujarnya.

Sementara itu, Fazura turut melahirkan rasa syukur atas segala-segalanya dan teruja untuk melihat lagi kejayaan suami tercinta di masa akan datang.

"Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Tahniah cinta hati saya. Saya tak sabar nak tengok lagi kejayaan awak dari hari akan datang.

"Akan sentiasa berada di sisi awak... mudah-mudahan, Amin! Saya cinta kamu. @fattahaminz. Love, your super sweet wife," katanya.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain