SELEPAS bercerai dengan aktres Vanidah Imran pada 2018, pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita lain namun memberitahu hubungan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian. Rashidi, 49, berkata, fasa mengenali wanita lain membuatkan dirinya sedar bahawa hubungan cinta bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini. "Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercerai. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik. Vanidah dan Rashidi berpisah selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga. “Setiap orang yang bercerai pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan. “17 tahun saya dalam alam perkahwinan sebelum ini... untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak,” katanya kepada mStar. Pun begitu kata Rashidi, meskipun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kehadiran wanita lain dalam hidupnya namun dia mengakui berasa takut untuk memberi komitmen baharu dalam hubungan lebih serius. ARTIKEL BERKAITAN: Lalui Ramadan sendirian, Rashidi Ishak akui suasananya berbeza ketika bersama keluarga ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Imam yang baik” - Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran Pelakon drama Kampung People ini memberitahu ketika ini fokusnya adalah kepada kerjaya seni selain aktiviti harian yang boleh membuatkan dirinya berasa seronok dan tenang. "Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini, mungkin juga rasa takut. "Masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan kerja. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya," ujarnya. Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini. Mungkin juga takut RASHIDI ISHAK PELAKON Untuk rekod Rashidi bercerai dengan Vanidah pada Ogos 2018. Mereka mendirikan rumah tangga pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata itu Mikhail Imran dan Mariam Rashika. Rashidi ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun aplikasi Sooka serta pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis lalu. Rashidi bersama pelakon dan pengarah Hantu Raya Pergi Perang. Bercakap tentang drama tersebut, kata Rashidi dia setuju menerima tawaran berlakon dalam drama tersebut kerana merasakan watak Osman Buaya yang diberikan tidak pernah dibawakan sebelum ini. “Karakter Osman Buaya dalam drama ini tak pernah saya bawakan. Dia seorang yang sangat toksik dalam hubungan keluarga tetapi disampaikan dalam bentuk komedi. “Cerita ini mengandungi unsur-unsur sindiran kemasyarakatan,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI