suria

Dapat pujian Siti Nurhaliza, Amir Masdi pasang impian mahu duet bersama

Amir Masdi akui dirinya masih baharu meskipun sudah bergelar juara Akademi Fantasia 2016.

MENDAPAT pujian daripada seorang bintang ternama tentu sahaja membuatkan penyanyi Amir Masdi teruja apatah lagi kata-kata itu datang daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagi Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, pujian tersebut bukan sahaja dianggap sebagai satu penghormatan malah dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik dalam karier seninya.

"Kata-kata positif daripada seorang penyanyi yang sudah membuktikan beliau berada di tempat lebih besar dan tinggi berbanding orang baharu seperti saya adalah satu penghormatan untuk penyanyi baru seperti saya.

"Saya juga tidak anggap ia sebagai pujian semata-mata, tetapi lebih kepada kata-kata nasihat dan pembakar semangat untuk terus bekerja keras dan berusaha mencantikkan lagi industri. Insya-Allah saya akan ikut jejak kejayaan beliau," ujarnya kepada mStar.

Untitled design (5)

Amir menggantikan pujian sebagai kata-kata semangat untuknya terus memberikan hasil nyanyian berkualiti.

Amir berkata demikian sebagai mengulas komen Siti yang memuji kualiti suaranya mampu menyampaikan sebarang genre lagu selain memiliki kekuatan vokal tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan karya seni, Amir Masdi elak buat content merapu di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja keras Amir Masdi akhirnya berbaloi, lebih dikenali selepas masuk AJL35 - “Saya tak boleh puas hati dan berehat”

Dalam pada itu, Juara Akademi Fantasia 2016 itu turut mengakui perlu lebih berdisiplin dan terus menghasilkan lagu yang sesuai dengan citarasa pendengar untuk terus kekal relevan dalam kalangan peminat dan pendengar.

Untitled design (6)

Setelah mendapat pujian, Amin menyimpan hasrat untuk berduet dengan Siti.

"Paling penting ialah kualiti. Saya perlu kerja keras termasuk menghasilkan lagu hit dan bukannya keluarkan satu atau dua lagu popular kemudian berehat untuk tempoh yang lama.

Saya juga tidak anggap sebagai pujian semata-mata, tetapi lebih kepada kata-kata nasihat dan pembakar semangat untuk terus bekerja keras dan berusaha mencantikkan lagi industri

AMIR MASDI

PENYANYI

"Saya akan terus bekerja dan menggali lagi apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan mutu persembahan," katanya.

Amir turut menaruh harapan sekiranya diberi peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan Siti menerusi lagu duet pada masa akan datang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain