suria

Perkahwinan retak sejak pandemik, Afdlin Shauki dan isteri sudah cerai April lalu

Afdin dan isteri berpisah sejak April lalu.

SELEPAS hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.

Maria menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik Covid-19 yang lalu.

afdlin 2

Afdlin bersama isteri dan tiga anak mereka.

"Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

"Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashira dan Bad Indigo umum sudah bercerai

Maria berkongsi mengenai perkara itu dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat selepas selesai menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Maria berkata, meskipun sudah tiada lagi ikatan suami-isteri namun mereka akan terus menyokong antara satu sama lain selain mengutamakan tanggungjawab terhadap tiga cahaya mata.

Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak

DATIN MARIA CHRISTINA OROW

"Kami memaklumkan perkara ini selepas saya selesai menjalani tempoh edah. Kami turut bersepakat bahawa perpisahan ini tidak akan merosakkan hubungan kami, tetapi tetap meneruskan kehidupan.

"Afdlin akan terus menyokong saya sebagai seorang sahabat dan saya juga akan lakukan perkara sama," jelasnya.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain