suria

Sudah 6 bulan bertunang, penyanyi lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz nikah pemain gitar hari ini?

Lia dan Arash dikatakan bernikah pada Sabtu.

ENAM bulan menyimpan rahsia, akhirnya penyanyi Lia Aziz mendedahkan dia sudah bertunang dengan jejaka pilihannya iaitu Arash Azimi yang juga merupakan gitaris kumpulan Tree Hill.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 19, memohon doa agar urusan ke fasa perkahwinan di permudahkan.

lia aziz 1

Lia dan Arash bertunang pada Januari lalu.

“Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.

mStar cuba menghubungi penyanyi lagu Kucu-Kuca ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai pertunangannya itu namun panggilan dibuat tidak berjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Lia Aziz mengaku dilamun cinta, tak tumpang populariti Khai Bahar

Bagaimanapun menurut sumber, Lia dan Arash akan bernikah di sebuah lokasi di Petaling Jaya, hari ini (Sabtu).

Difahamkan majlis resepsi juga akan berlangsung di lokasi sama pada sebelah malam.

“Masa pernikahan saya tidak pasti, tetapi resepi malam ini (Sabtu),” jelas sumber berkenaan.

Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya

LIA AZIZ

PENYANYI

Lia sebelum ini sering berkongsi gambarnya bersama Arash di media sosial namun tidak pernah mendedahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Dalam satu temubual sebelum ini, Lia memberitahu cukuplah hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui status sebenar hubungan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain