suria

Dapat tunjuk ajar Ajai, Sophia Zuhri tampil 10 lagu sendiri dalam album sulung

Sophia Zuhri rancang untuk teruskan kerjaya nyanyian meskipun melanjutkan pengajian di luar negara.

BAKAT baharu, Sophia Zuhri memilih untuk menyanyikan lagu sendiri berbanding komposer lain.

Kata Sophia, 18, berkata, dengan cara itu dia akan lebih memahami dan mendalami maksud sebenar lagu tersebut memandangkan ia dihasilkan sendiri.

"Saya selesa untuk menyanyikan lagu sendiri kerana terasa lebih dekat. Namun tidak salah juga jika berpeluang dapat menyanyikan lagu dihasilkan oleh pencipta lain.

"Sejujurnya saya memiliki hasrat untuk menjadi komposer dan ingin mendengar lagu ciptaan saya dinyanyikan oleh penyanyi lain," katanya kepada mStar.

Untitled design (39)

Pelancaran album Sophia Zuhri yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.

Sophia ditemui pada majlis An Evening with Sophia Zuhri di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.

Dalam majlis sama Sophia turut melancarkan album sulungnya yang mengandungi 10 buah lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nashrain abadikan keperitan kehilangan orang tersayang akibat Covid-19 dalam lagu

Mengulas lanjut, album yang akan dipasarkan secara digital pada September depan merupakan 100 peratus sentuhannya.

Memilih genre Britpop, Sophia menjadikan penyanyi Yuna sebagai idola selain menyimpan hasrat untuk duet bersama.

"Saya sangat meminati Yuna yang merupakan artis tempatan tetapi mampu mengembangkan bakat ke persada muzik antarabangsa.

"Konsep dan idea lagunya juga kreatif dan meluas kepada beberapa genre muzik lain," kata Sophia.

Sejujurnya saya memiliki hasrat untuk menjadi komposer dan ingin mendengar lagu ciptaannya dapat dinyanyikan oleh penyanyi lain

SOPHIA ZUHRI

PENYANYI

Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Mediore Love, Against Me, Mimpi-Mimpi Ini dan Perfect For You.

Album tersebut diterbitkan oleh Inspirasi Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan Universal Music (M).

Selain bercakap soal kerjaya, Sophia turut memberitahu akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam Pengajian Linguistik tidak lama lagi.

"Saya tetap akan terus menghasilkan lagu sambil dibantu oleh komposer, Ajai. Saya juga melanjutkan pelajaran dalam bahasa Perancis dan mungkin pada masa akan datang menyuntik elemen itu dalam lagu pada masa akan datang," terangnya.

Untitled design (40)

Album baharu Sophia Zuhri mengandungi 10 buah lagu dan menemui peminat secara digital pada September depan.

Pada masa sama Ajai selaku penerbit meluahkan rasa bangga dengan kemampuan Sophia yang bukan sahaja memiliki bakat nyanyian semula jadi dan berkebolehan menghasilkan lagu sendiri.

"Sebagai penerbit saya akan sokong kekuatan penyanyi untuk menjadi diri sendiri. Sophia sudah tahu hala tuju muzik dan bagaimana pembawakan lagu tersebut.

"Dia masih baru dalam industri dan kerja saya ialah untuk mencantikkan bakat dan memperbetulkan apa yang salah manakala selebihnya mengikut kehendak dan cara penyampaiannya sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain