suria

[VIDEO] Kongsi sambutan parti bachelorette, peminat jangka Sharifah Amani akan berkahwin dalam masa terdekat

Sharifah Amani diraikan oleh rakan-rakannya di sebuah spa kecantikan.

MASIH belum mendedahkan tarikh sebenar bakal melangsungkan perkahwinan, peminat bagaimanapun meneka pelakon Sharifah Amani bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan dalam masa terdekat.

Ini berikutan pelakon filem Sepet itu memuat naik video sambutan parti bujang (bachelorette party) bersama sahabat baiknya iaitu Sherry Alhadad, Nadia Aqilah dan Nadiya Nisaa di sebuah spa kecantikan.

Menerusi video berkenaan, Amani berkongsi sedang mandi bunga dan beberapa rawatan asli tradisional Melayu di spa berkenaan.

Amani turut memakai kain selempang tertera perkataan bride to be manakala rakan-rakannya mengenakan selempang tertulis team bride.

Amani Ccsd

Sharifah Amani gembira diraikan oleh teman-teman rapatnya.

Dalam video itu juga, Amani dilihat cukup gembira dengan sambutan itu dan menyuap kek ke mulut semua sahabatnya.

Amani menerusi kapsyen video berkenaan memberitahu dia menghabiskan masa yang cukup menakjubkan selain tidak menyangka diraikan dalam sebuah majlis khas buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bakal suami bijak dan lucu buat Sharifah Amani tertarik, akan nikah tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani bertunang, Naim Daniel nak perform di majlis kahwinnya dengan 'Encik Laju'

"Terima kasih sayangku Sonias dan Bunga Mawar Spa untuk masa yang menakjubkan ini. Saya tidak menyangka sambutan yang cukup indah khas dibuat untuk saya.

"Terima kasih banyak kepada semua atas usaha dan doa anda semasa saya bakal memulakan perjalanan baru.

1636870

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

"Syukur Alhamdulillah kerana permudahkan dan kasih sayang. Sikit lagi geng sehingga waktunya, Insya Allah. Semoga dipermudahkan segalanya," tulisnya.

Terdahulu menerusi laporan mStar, Amani memberitahu tidak menolak akan naik pelamin pada tahun ini.

Ketika ini katanya, dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk hari bahagianya.

Amani mengikat tali pertunangan dengan jejajak pilihan pada 26 Jun lalu namun tidak mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain