suria

Pakai seluar pendek ketika bercuti, penampilan Fizo Omar dikecam tak sesuai dengan gelaran ‘Haji’

Penampilan Fizo Omar dikritik netizen kerana memakai seluar pendek.

PELAKON Fizo Omar menerima kritikan hebat apabila tampil berseluar pendek paras paha ketika bercuti dengan keluarga di sebuah taman tema.

Rata-rata menyifatkan imej itu tidak bersesuaian dan keterlaluan dengan statusnya yang sudah menunaikan ibadah Haji.

"Aurat jaga Fizo. Ramai orang dah tegur tapi buat tak reti. Ingat neraka itu benar.

"Sedih pula rasa... Fizo pun sudah pergi Haji, kenapa masih berseluar pendek?

Untitled design (54)

Tangkap layar komen netizen mengkritik pemakaian Fizo Omar mengenakan seluar pendek dan tidak bersesuaian dengan statusnya yang sudah mengenakan ibadah haji.

"Aurat laki kena lepas lutut harap maklum. Bini masing-masing pandai la tegur. Nanti asyik suruh doakan yang baik-baik kalau diri sendiri tak nak ubah tidak jadi juga," kata netizen.

Tidak hanya Fizo, pelakon Aidil Aziz yang turut bercuti bersama juga terkena tempias netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat nampak ‘baby bump’ isteri Fizo Omar, ramai syak Maryam bakal dapat adik

Ramai mengatakan suami kepada aktres Fasha Sandha itu sering mempamerkan gambar badannya di media sosial.

"Suami Fasha selalu separa bogel. Dia tidak berasa apa-apa?" tanya netizen.

Untuk rekod, Fizo dan isteri, Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khaleeda.

Sebelum itu Fizo berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 dan berpisah pada 10 Julai 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak, Wan Maryam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain