PENYANYI Aina Abdul memang terkenal dengan fesyen di luar kebiasaan dan 'pelik' setiap kali menghadiri acara hiburan. Bagaimanapun, kemunculannya pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada malam Ahad mendapat pujian netizen yang menganggap fesyen digayakan lebih sesuai dengan penyanyi berkenaan. Malah ada pengguna Twitter yang memuat ciapan mengatakan Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 29, lebih kelihatan jelita berpakaian 'biasa' dan tidak seperti busana pelik yang pernah digayakan sebelum ini. "Kan elok sekali-sekala berpakaian normal macam manusia biasa dari planet bumi," tulis netizen. Aina menggayakan busana rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Pandangan itu turut mendapat reaksi ramai yang rata-rata bersetuju melihat penampilan Aina di anugerah berprestij itu yang manis dan cantik. "Eh samalah malam tadi saya pun cakap macam itu sewaktu menonton persembahan Aina. Elok sahaja pakai rekaan biasa lebih cantik. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi fesyen pelik, Aina Abdul mahu fokus susunan muzik AJL36 ARTIKEL BERKAITAN: Busana Aina Abdul ke KLFW2022 jadi tumpuan, sorakan buat Vida muncul di pertunjukkan fesyen Behati "Okaylah sangat cantik. Siapa pereka fesyen? Saya nak nombor telefonnya untuk ucap terima kasih. "Pandai rupanya juga dia berpakaian normal," kata netizen. Namun bagai rumah siap pahat berbunyi, penampilan Aina itu turut mendapat kritikan netizen dan masih ada sahaja yang tak kena di mata mereka. Aina Abdul manis berpakaian serba putih di AIM23. Ada mengkritik busana berwarna putih itu lebih menarik jika tanpa kemasan bulu-bulu padanya. "Kalau tiada bulu lebih elok kot. Aduhai. Bulu tu dah kenapa?," komen netizen yang lain. Dalam pada itu, Aina memberitahu pakaian tersebut adalah rekaan Rizman Ruzaini. Pada AIM23 Aina tampil mengadakan persembahan pembukaan anugerah itu bersama Nikki Palikat dan Marsha Milan Londoh menerusi lagi Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi, Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Naim Daniel). Aina turut menyanyikan lagu Sakit bersama Zynakal dan Yonnyboii pada acara yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI