suria

Kebanjiran konsert dalam negara, Prof. Muhaya ingatkan tentang 5 perkara

Prof Muhaya minta masyarakat pertimbangkan lima perkara sebelum membuat keputusan.

SEMENJAK kebelakangan ini, penganjur konsert tempatan mahu pun dari luar negara berlumba-lumba mengumumkan pelbagai persembahan selepas hampir tiga tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran pandemik.

Kebanjiran pelbagai konsert ini juga telah mengundang pelbagai pendapat termasuk ada pihak ingin mahu membuat bantahan dan protes bagi menghalang persembahan ini diadakan.

Pakar motivasi, Datuk Profesor Dr. Muhaya Mohamad berkata, beliau sendiri tidk bersetuju dengan sebarang program yang tidak mendapat keredaan Allah meskipun dia sendiri seorang yang sukakan hiburan.

Kata Dr. Muhaya, salah satu tanda Allah SWT sayangkan hambaNya apabila mereka tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.

Prof Muhaya tidak setuju acara yang sia-sia.

"Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah sayangkan seseorang apabila dia (umat) tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.

"Perkara sia-sia itu ialah perbuatan yang tidak memberatkan timbangan di padang Mahsyar nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Muhaya mohon maaf... ajak tonton video ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’, rungkai kontroversi wanita kena ‘buat-buat bodoh sikit’

"Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja," katanya.

Dr. Muhaya berkata demikian pada Seminar Tranformasi Prof. Muhaya Circle (PMC) 2022 yang mengetengahkan tentang Zero Stress Living.

Dalam pada itu, Dr. Muhaya turut menyarankan agar masyarakat mendahulukan lima perkara sebelum membuat keputusan menganjur atau menonton konsert.

Lima perkara itu adalah iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dadn Allah reda atau murka.

Dr. Muhaya turut menegaskan pendapat peribadinya itu bukan berniat menghukum atau menghakimi sesiapa berhubung isu tersebut.

"Berkenaan dengan hukum, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada mereka yang lebih arif," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain