suria

“Dialah jadi jurugambar dan jaga makan minum saya”- Liza Hanim kenang kebaikan Tan Su Loke, anggap macam bapa sendiri

Liza Hanim mengimbau kenangan bersama bekas majikannya, Tan Su Loke.

PENGARAH Urusan Suria Records Sdn. Bhd. iaitu Tan Su Loke adalah individu di sebalik kejayaan banyak nama dalam industri muzik tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, New Boyz, Noraniza Idris dan Liza Hamin.

Kemunculan Tan sebagai penerima Anugerah Wirama Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada malam Ahad telah membuatkan salah seorang anak didiknya, Liza Hanim mengimbau kenangan bersama bekas bosnya itu.

Liza atau Halizan Hanim Abdul Halim, 43, berkata, Tan merupakan antara individu terawal yang memberi kepercayaan dan peluang kepadanya untuk mengembangkan karier nyanyiannya.

file7mpg289wgg1a8pjt3fj

Liza dan Siti memberi persembahan bertenaga sebagai tribute kepada Tan.

"Malam ini membuatkan saya teringat kembali bagaimana perjalanan karier saya yang bermula selepas tamat SPM, ketika itu wajah pun masih polis dan hanya bersandarkan bakat semata-mata.

"Tan dan pihak SRC menerima kehadiran saya dan percaya dengan bakat yang saya ada. Ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar pentingnya jumlah ‘view’, Liza Hanim akhirnya buka saluran YouTube sendiri... Tarik golongan peminat baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup buat ‘content’ mengarut di media sosial macam influencer lain, Liza Hanim enggan malukan agama dan anak-anak

Berkongsi kenangan bersama Tan, Liza berkata, ketika bertanding di Festival Muzik Shanghai pada 2000 dia hanya ditemani oleh ibu dan bekas majikannya tersebut.

Meskipun bergelar pengarah urusan syarikat, Liza berkata sikap rendah diri dan tanggungjawab Tan terhadapnya membuatkan dia sentiasa menganggap figura itu sebagai seorang bapa..

Beliau juga yang buat kerja publisiti, bawa saya bergambar dengan peminat malah memastikan makan minum saya sentiasa terjaga.

LIZA HANIM

PENYANYI

"Tiada siapa yang temankan saya ketika itu kecuali ibu. Jadi Tan yang menjaga saya sepanjang berada di sana.

"Beliau juga yang buat kerja publisiti, bawa saya bergambar dengan peminat malah memastikan makan minum saya sentiasa terjaga.

"Pendek kata, kerja-kerja yang dilakukan itu bukanlah sepatutnya dibuat oleh seorang bos tetapi dia ambil tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk memastikan kebajikan saya terjaga," imbaunya.

file7mpg1vgcj7ni28kd3fi

Tan ketika menerima trofi Anugerah Wirama AIM23.

Pada malam kemuncak itu juga, Liza dan Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berduet mengadakan persembahan medley lagu-lagu popular mereka sepanjang bernaung di bawah SRC Records sebagai tribute kepada Tan.

Liza menjelaskan ia penghargaan apabila dapat mengadakan persembahan istimewa bagi meraikan bekas majikannya.

"Saya cukup terharu dan berbangga dapat memberi penghargaan kepada seorang individu yang banyak berjasa kepada saya apatah lagi untuk sebuah acara berprestij seperti AIM," ujarnya.

Liza Hanim mengimbau kembali saat mula bergelar penyanyi seawal usia 18 tahun.

Penantian selama 25 tahun akhirnya berbaloi.

Sementara itu, Liza turut bersyukur kerana penantian 25 tahun untuk menggengam trofi AIM23 akhirnya tercapai apabila berjaya memenangi menerusi dua kategori.

Liza menerima trofi menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia duet bersama Shila Amzah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain