suria

Azhar Sulaiman tetap pegang aib keluarga tak perlu dihebahkan, minta lapor pada pihak yang tepat!

Azhar berpendapat aib jangan sebarkan pada umum tapi berkongsi pada orang betul.

SEBELUM ini nama pelakon Azhar Sulaiman tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon remaja Puteri Balqis berikutan pandangan dibuat berhubung kes amang seksul melibatkan bapa kandungnya di Instagram.

Meskipun telah membuat permohonan maaf, Azhar tetap berpegang teguh terhadap pendiriannya tentang keperluan menjaga aib keluarga daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, pandangannya itu telah disalah tafsir seolah-olah pelakon itu tidak mahu Puteri Balqis atau Aqish mendedahkan pengalaman buruknya dan mendapatkan keadilan.

198600434_499103517981502_522956133856876960_n

Azhar berpendapat menjaga aib bukan bermaksud lindungi jenayah.

Menerusi hantaran di Facebook, Azhar, 51, menjelaskan menjaga aib bukan bermaksud sesuatu jenayah itu perlu dibiarkan sebaliknya ia tidak dihebah kepada umum kerana implikasinya sangat besar.

"Menjaga aib bermaksud untuk mengelakkan sebarang tindak balas atau kesan kepada nama baik keluarga seperti datuk, nenek dan sepupu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis anggap nasihat Azhar Sulaiman bersifat marah, geram dan bengang

ARTIKEL BERKAITAN: “Uncle Har minta maaf” - Azhar Sulaiman buat permohonan maaf, doa urusan Puteri Balqis dipermudahkan

"Menjaga aib bukan bermaksud sesuatu kejadian jenayah itu perlu didiamkan... Cuma jangan hebahkan kepada umum sebab banyak implikasi," katanya.

Menerusi hantaran sama, Azhar memberitahu jika berlaku sesuatu perkara melibatkan jenayah sebaik-baiknya ia dilaporkan kepada pihak yang tepat agar tindakan dapat dibuat tanpa perlu melibatkan campur tangan orang lain.

"Bercakap dan beritahu pada orang yang tepat," katanya.

Bagaimanapun, Azhar telah memadam hantaran tersebut di Facebooknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain