suria

Shuk Sahar rindu dunia hiburan, netizen pesan contohi Aliff Aziz kalau nak ‘comeback’

Shuk akui rindu nak bercakap dengan rakan-rakan di radio.

PENGACARA dan pelawak Shuk Sahar meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam bidang seni setelah lama menyepi daripada sebarang aktiviti lakonan dan pengacaraan.

Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata, dia merindukan kariernya termasuk berceloteh bersama rakan-rakan sebagai penyampai radio.

"Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?"

"Sumpah aku rindu... rindu nak melawak, rindu nak hosting, rindu nak bercakap dengan kengkawan dalam radio," katanya.

Shuk

Shuk rindu momen menjadi penyampai radio.

Shuk berkongsi perasaannya itu selepas menerima pertanyaan di laman sosial berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, hasrat yang diluahkan Shuk menerima respon positif daripada peminat malah berharap bekas penyampai radio Hot FM itu membuat kemunculan semula selepas terbabit dalam kontroversi sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar diminta buat solat taubat, doa dapat kembali ke pangkuan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Mestilah sayang, tapi..." - Rossa Sera kunci mulut status sebenar, belum terbuka hati terima kembali Shuk Sahar

Masih ramai yang yakin dengan bakat dimiliki pelawak itu namun ada juga berharap Shuk mencontohi Aliff Aziz sekiranya ingin membuka lembaran baru dalam industri seni.

"Bangkit Shuk, Shuk ada bakat besar. Berubah, ramai yang menanti kemunculan Shuk. Harap sangat kalau buat comeback, buka buku baru, boleh contohi Aliff Aziz.

"Mulakan hidup baru. Jangan cari sampah lagi. Sampah itu yang jatuhkan awak. Bangkit! Syarat dia senang sahaja, jangan bikin hal Shuk," komen netizen.

Sebelum ini, Shuk pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangganya selepas dia didakwa beberapa kali menduakan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dengan wanita lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain