suria

Disangka berkelah rupanya kejutan hari jadi, Ashraf Muslim bikin sebak tinggalkan pesanan buat 2 isteri

Ashraf terharu dengan kegigihan isteri-isteri untuk ulang tahun dirinya.

PELAKON Ashraf Muslim terharu apabila menerima kejutan bersempena ulangtahun kelahirannya daripada dua orang isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahamad Saburi.

Ashraf yang memasuki usia 41 tahun pada awalnya langsung tidak menyangka akan mendapat kejutan tersebut sebaliknya perkelahan yang dirancang adalah perkara biasa memandangkan sedang cuti sekolah.

Ketika sedang melakukan persiapan di lokasi perkelahan, bapa kepada empat cahaya mata ini terkejut apabila perkelahan itu sebenarnya adalah sambutan hari jadi untuknya.

"Selamat hari jadi buat diri sendiri! Cerita semalam rancang nak pergi berkelah sahaja. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah.

306046580_665146994539444_836489620151677047_n

Ashraf terharu terima kejutan dari isteri-isteri.

"Ingatkan sebab nak bawa anak-anak mandi sungai, maklum sahaja cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.

"Dalam hati cakap kenapa beriya sangat sampai macam-macam barang dibawanya," katanya menerusi perkongsian di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah bengkok sikit!” - Dua jam Ashraf Muslim cari hospital selepas hidung patah lakon babak aksi

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkara itu juga pernah berlaku dalam hidup saya” - Tenang dan sabar kunci Ashraf Muslim bahagia bersama 2 isteri

Dalam perkongsian sama, Ashrag turut meninggalkan pesanan selain memohon maaf kepada kedua isterinya dan meminta segala kesilapannya dimaafkan.

"Am (panggian Ashraf) doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini.

"Jika ayah pergi dulu, jagalah anak-anak dengan baik. I love you all," tulisnya.

Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik.

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana Lokman yang merupakan isteri pertama pada 30 Ogos 2011 manakala perkahwinan kedua bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain