suria

Pertama kali diadakan, Faztival Fazura dapat 2 pengiktirafan Malaysia Book of Records

Faztival berjaya cipta dua rekod baharu di Malaysia Book of Records.

KONSERT sulung Faztival Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil mencipta dua rekod baharu meskipun pertama kali dianjurkan.

Festival anjuran pelakon dan penyanyi Fazura itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Perhimpunan Terbesar Tudung Fazura dalam sebuah acara dan Perhimpunan Tudung Bawal Terbesar di Malaysia.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin berkata, sebagai penganjur dia berharap acara itu dapat menjadi program tahunan anjuran syarikatnya selepas ini.

Untitled design (1)

Faztival tampilkan penyanyi terkemuka tempatan.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan siapa sangkat ia mencipta dua rekod baharu dalam Malaysia Book of Records," katanya.

Pada acara itu, ia turut memperlihatkan persembahan pembukaan daripada Datuk M. Nasir serta penampilan khas Fattah Amin dengan gerakan silat mengiringi lagu Mentera Semerah Padi dihadapan 8,000 penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan suka-suka pegang, isteri orang tu” - Aksi spontan Ahmad Dhani pegang bahu Fazura undang kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: “Hai kembar” – Wanita jadi perhatian kerana wajah, suara mirip Fazura... suami lega tak dipanggil Fattah Amin

Festival ini juga menghimpunkan penyanyi terkenal seperi Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Fazura sendiri turut memeriahkan pentas konsert dengan mendendangkan lagu medley popularnya selain sebuah karya gubahan semula berjudul Jika Cinta Allah bersama Ahmad Dhani.

Fazura sendiri tampil mengadakan persembahan buat peminat.

Tidak hanyta itu, Faztival turut menampilkan Ahamad Dhani dan Mulan Jameela kepada para peminat sebagai jemputan khas dalam konsert tersebut.

Dalam pada itu, Fazura turut mengambil kesempatan melancarkan produk terbaharunya iaitu Fazura BeautyWater yang merupakan minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, bagi mencantikkan kulit secara semulajadi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain