suria

Sebulan alami masalah tekak, Ara Johari akhirnya serah diri jumpa pakar ENT

Ara memberitahu sudah sebulan masalah tekak dialaminya tidak pulih.

PENYANYI Ara Johari meluahkan rasa bimbang apabila sudah sebulan mengalami sakit tekak sehingga memberi kesan kepada vokalnya.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 25, berkata, dia bimbang masalah itu akan menganggu persembahannya sempena Konsert A Night With Ara Johari yang bakal berlangsung pada 21 September ini.

"Tekak saya dah lebih sebulan tak okay. Mulanya ingatkan demam biasa tetap ia menjadi semakin teruk.

"Saya jadi takut sebab konsert saya akan berlangsung minggu depan," katanya kepada mStar.

gds

Ara berkongsi mengenai keadaannya di Instagram.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya.

Terdahulu, Ara berkongsi foto dia sedang mendapat rawatan di sebuah klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) susulan masalah yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... “Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar rindu dunia hiburan, netizen pesan contohi Aliff Aziz kalau nak ‘comeback’

Bagi mengenal pasti masalah dihadapi, Ara menjalani rawatan dengan memasukkan skop di bahagian tekak dan hidung.

"Semalam (Isnin) keadaan suara semakin teruk dan sebab itu saya terus ke klinik ENT untuk dapatkan rawatan. Doktor turut memasukkan skop ke bahagian hidung dan tekak.

"Beginilah kehidupan seorang penyanyi," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Saya jadi takut sebab konsert saya akan berlangsung minggu depan.

ARA JOHARI

PENYANYI

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan konsert, Ara berkata setakat ini semua berjalan lancar melainkan latihan voakl yang tertangguh akibat masalah kesihatan yang dialami.

Ara bagaimanapun berharap, kesihatannya akan kembali pulih menjelang konsert dan dapat menghiburkan peminat.

"Persiapan konsert sudah 70 peratus siap... cuma kelas vokal dan latihan tertangguh akibat masalah tekak ini.

"Doakan saya agar kembali sihat dan semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain