suria

Yusof Haslam tak putus kongsi kata-kata positif buat menantu, Puteri Sarah jadi semangat berdepan masalah 

Yusof sentiasa memberi kata-kata semangat pada Puteri Sarah.

PELAKON Puteri Sarah Liyana memberitahu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam adalah individu yang sentiasa memberi sokongan sepanjang dia berdepan kemelut rumah tangga.

Sarah, 37, berkata, setiap minggu Yusof akan menghantar kata-kata positif menerusi pesanan mesej yang membuatkan dia terus bersemangat berdepan dengan setiap dugaan dan rintangan.

"Setiap minggu dapat mesej semangat daripada bapa mentua.

"Ini adalah salah satu perkara yang juga membakar semangat saya untuk tidak berputus asa dalam hidup," katanya.

Yusof Mesej

Puteri Sarah berkongsi mesej dihantar Yusof kepadanya.

Sarah terdaulu berkongsi paparan perbualan bersama bapa mentuanya itu di Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran tersebut, penerbit filem tersohor itu memberi kata-kata semangat dan terus menyokong Sarah dalam apa juga keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf... “Angle kamera nampak lain”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... “Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat”

"Kami akan sentiasa berdiri teguh di sisi Sarah dan anak-anak. Ceriakan hidup kamu dengan anak-anak, orang tuamu dan kami yang berdiri di belakang Sarah waima apa situasi pun," tulis Yusof dalam mesej tersebut.

Pergolakan rumah tangga Sarah dan suami, Syamsul Yusof menjadi bualan ramai apabila pengarah itu dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Ira Kazar.

Yusof Syamsul

Yusof sentiasa mendoakan kebahagiaan buat anak dan menantunya.

Enggan terus berdiam diri, Sarah sebelum ini telah membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail turut mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain