suria

Lawan tetap lawan! Puteri Sarah puas hati penerangan Jawi, sudah dapat tarikh perbicaraan saman Ira Kazar

Puteri Sarah tidak akan berdiam diri sehingga kesnya terbela.

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak akan berdiam diri sehingga tindakan sewajarnya dikenakan ke atas Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah, 37, berkata, walaupun proses tersebut memakan masa namun kes berkenaan masih berjalan dan berharap akan menemui titik noktah suatu hari nanti.

"Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tidak ditangkap. Diam bukan bermakna kes dah tutup. Kes masih berjalan, cuma ambil masa. Tidak mengapa sikit lagi," katanya.

Sarah berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Puteri Sarah tidak akan mengalah bagi menuntut keadilan.

Pada 18 Ogos lalu, Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar dipanggil ke pejabat Jawi bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadapnya.

Pelakon itu hadir memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan orang ketiga dalam rumah tangga dua hari kemudian di pejabat Jawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ‘enjoy’ sibukkan diri dengan bekerja, seronok tengok Syamsul luang masa bersama anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam tak putus kongsi kata-kata positif buat menantu, Puteri Sarah jadi semangat berdepan masalah

Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan berpuas hati dengan penerangan oleh pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kesnya.

Katanya, meskipun tidak dapat berkongsi mengenai butiran kes berkenaan namun dia kini lebih jelas dan faham selepas mendapat penerangan.

Insya Allah Jawi tidak akan mengecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya.

PUTERI SARAH

PELAKON

"Apa yang boleh saya katakan, dalam siasatan ada SOP dan prosedur yang banyak dan Insya Allah akan ada berita baik kerana benda baik akan datang kepada mereka yang menunggu dengan sabar.

"Allah pun tahu hambaNya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi selepas ini, Insya Allah Jawi tidak akan mengecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Jangan berhenti berjuang," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut memaklumkan sudah mendapat tarikh perbicaraan kes berkenaan pada tahun hadapan.

Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga bertegas untuk tidak menutup kes tersebut sehingga mendapat keadilan sewajarnya.

Puteri Sarah maklumkan banyak siasatan perlu dilakukan untuk kesnya.

"Ramai yang tanyakan? Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan.

"Slowly but surely. Kes mahkamah memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan.

"Mahkamah Syariah akan datang dan saya akan lawan untuk itu. Kes tutup? Hell no! Never!," katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain