suria

Kasih Iris Leona bangga berjaya goreng telur, mengaku tonton video tutorial sebelum masuk dapur… Netizen kata ‘bagus belajar berdikari’

Leona belajar memasak apabila hidup diperantauan.

PERSONALITI media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi rasa teruja berjaya menggoreng telur tanpa bantuan sesiapa.

Mengakui tidak tahu menggoreng telur, Leona, 20, berkata dia menonton video tutorial terlebih dahlu sebelum menyediakan hidangan itu.

"Saya harap ia berjaya, saya sudah membeli sepapan telur dan akan menikmatinya bersama roti bakar," katanya.

Kasih Leona berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman tersebut, Leona menunjukkan reaksi teruja apabila berjaya memecahkan telur dikuali dan menikmati hidangan tersebut.

leona1

Leona kini berada di UK untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini juga kelihatan seperti teragak-agak untuk memasak dan menunjukkan reaksi bimbang melihat telur berkenaan ‘meletup’ dalam kuali.

Malah, dia sempat berseloroh menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja, harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman minta Kasih Iris Leona tak tunjuk teman lelaki di media sosial, elak jadi tumpuan ramai

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan komen sokongan terhadap Leona serta memberitahu selepas ini pasti dia akan lebih pandai memasak.

"Lepas ini Leona boleh cuba masak benda lain pula. Paling penting kamu semangat nak belajar.

"Tak mengapa Leona, good job! Ada bagusnya duduk di perantauan sebenarnya. Belajar kemahiran baharu dan berdikari.

"Saya pasti selepas ini Leona akan pandai memasak bila dia habis belajar nanti sebab dia akan lebih banyak memasak selepas ini," tulis netizen.

leona2

Ramai netizen memberi semangat buat Leona untuk terus belajar memasak.

Untuk info, Leona kini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di United Kingdom.

Menurut bapanya, ini merupakan waktu terbaik bagi anaknya berhijrah menuntut ilmu di luar negara dan berubah menjadi individu yang lebih baik selepas ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain