suria

“Nampak sopan macam ni”… Masya Masyitah kongsi foto terbaharu, penampilan bertudung labuh dipuji

Penampilan Masya Masyitah kini dipuji netizen.

SELEPAS beberapa kali menerima kritikan kerana pemakaiannya, kali ini penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menarik perhatian netizen menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram.

Dalam hantaran itu, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna.

Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada.

"I love you just the way you are," tulisnya di ruangan kapsyen.

masya1

Sebelum ini Masya sering ditegur peminat kerana pakaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya kenapa pakai coli dekat luar, fesyen Masya Masyitah di Dubai kena kritik - “Apa anda rasa bukan masalah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sakit mata tengok pemakaian Masya Masyitah... fesyen dianggap pelik dan tak sesuai untuk wanita bertudung

Rata-rata netizen memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab.

"Cantiknya Masya! Semoga baik sahaja dan dilindungi oleh Allah dalam setiap perjalanan.

"Manis sahaja tengok Masya pakai pakaian macam tu, semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan.

"Nampak sopan sangat macam ni... macam ini barulah Allah pun suka. Nampak matang dan ayu," komen netizen.

masya2

Fesyen Masya sering mendapat perhatian netizen.

Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Fesyen Masya itu dikecam sewaktu dia berada di Dubai.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain