suria

‘Lagi Lagi Sayang’ percubaan kedua Syahmi Irfan, tampil lagu ciptaan sendiri

Syahmi Irfan tampil dengan lagu ciptaannya sendiri.

KEGAGALAN meraih perhatian pendengar menerusi single pertamanya sebelum ini tidak pernah membuatkan penyanyi Syahmi Irfan menyerah kepada nasib.

Sebaliknya menurut Syahmi atau Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nazri, 21, dia menjadikan perkara itu sebagai peluang memperbaiki diri dengan membuat lebih banyak kajian dan pemerhatian tentang penyanyi lain dan rahsia kejayaan mereka.

"Lagu pertama saya agak kurang mendapat sambutan daripada pendengar tetapi saya kekal positif dan percaya bahawa akan sampai rezeki saya nanti.

"Sebagai langkah memperbaiki diri, saya tengok dan beri perhatian pada artis-artis yang sudah mempunyai nama dalam industri dan bagaimana cara mereka menggubah lagu dan dapat menarik perhatian pendengar," katanya kepada mStar.

Syami 2

Syahmi gementar dengan penerimaan pendengar terhadap lagu baharunya.

Syahmi berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu Lagi Lagi Sayang di pejabat Indigital Music Petaling Jaya pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Syami berkata, Lagi Lagi Sayang adalah ciptaannya sendiri dan gembira apabila pihak pengurusannya bersetuju dia merakamkan lagu berkenaan meskipun gementar degnan penerimaan pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmi Irfan tak menyesal ‘drop’ sukan badminton, kejar minat jadi penyanyi - “Pencapaian saya tak berapa nak bagus”

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann stabil selepas pembedahan, sudah dibenarkan pulang ke rumah

Namun kata Syahmi, dia berharap pendengar akan menyukainya dan menantikan maklum balas peminat mengenai lagu pertama ciptaannya itu.

"Memang gementar masa nak rakam lagu ini kerana saya tak tahu bagaimana reaksi pendengar mengenainya apatah lagi ia lagu pertama ciptaan sendiri.

"Saya harap orang ramai suka dengan lagu Lagi Lagi Sayang dan seterusnya ia mampu membawa nama saya lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air," ujarnya.

gd

Syami masih bergelar penuntut universiti.

Lagi Lagi Sayang turut mendapat sentuhan Rudy Nastia dan SMSM dan telah pun dilancarkan pada 7 Oktober lalu di semua platform digital dan saluran YouTube Indigital Music.

Dalam perkembangan lain, Syahmi yang merupakan penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakui tidak mudah membahagikan masa belajar dan nyanyian.

Tetapi kata Syami, ia bukan masalah kerana masih mampu memberikan fokus kepada dua-dua bidang tersebut.

"Sejujurnya saya menyanyi kerana hobi tetapi selepas mendapat penerimaan baik daripada peminat saya teruskan ia sebagai kerjaya dan cuba menghasilkan lagu sendiri.

"Bagaimanapun pelajaran masih keutamaan saya memandangkan pengajian pun sudah masuk semester keenam," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain