suria

Pengorbanan berbaloi! Rozita Che Wan luah rasa syukur, bangga anak sulung pula tamat pengajian

Che Ta gembira penat lelah besarkan anak buahkan hasil.

SELEPAS kejayaan anak keduanya baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan sekali lagi meluahkan rasa syukur apabila anak sulung pula iaitu Ammar Effendy berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, berkata pengorbanannya sebagai ibu tunggal selama 12 tahun akhirnya terbalas apabila melihat kejayaan anak-anak.

"Allhamdulillah syukur, Allah bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.

Che Ta luah rasa syukur lihat anak-anak berjaya.

"12 tahun masa jadi ibu tunggal dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi terbaik saja untuk mereka. Tak ada langsung fikir untuk diri sendiri," katanya.

Che Ta berkongsi mengenai anak lelakinya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram pada Ahad.

Mengimbau kembali kenangan membesarkan anak-anak, Che Ta berkata dia berdepan cabaran antaranya hal berkaitan kewangan lebih-lebih lagi sebagai selebriti tidak mempunyai pendapatan tetap.

ARTIEKL BERKAITAN: Aniq Ezzra genggam ijazah berkembar, Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Inai keluaran Rozita Che Wan pertama diiktiraf sah solat, lakukan ujian klinikal guna kuku manusia

Namun Che Ta syukur apabila semua urusannya itu dipermudahkan.

"Mereka dapat masuk MRSM, selepas itu upgrade masuk KYS kemudian dapat Straight A's, masuk Taylor University.

"Untuk kami yang pendapatan tidak tetap masa tu nak bayar juran KYS perghhhh mencanak jugalah cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya.

12 tahun masa jadi ibu tunggal dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak.

ROZITA CHE WAN

PELAKON

"Hari ini syukur Ammar Effendy pula grad! Double degree dalam tangan," katanya lagi.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan kagum melihat usaha gigih pelakon berkenaan semasa bergelar ibu tunggal.

"Tahniah Che Ta! Ibu yang hebat. Yang pernah jadi ibu tunggal je faham perasaan itu.

Che Ta bersama Aniq Ezzra dan Ammar Effendy.

"Che Ta berjaya jadi ibu yang baik dan bertanggungjawab. Sekarang terhasil penat lelah menjaga anak seorang diri.

"Mak-mak memang biasa fikir pasal anak saja. Lebih-lebih lagi bila besarkan seorang diri," antara komen netizen.

Pada 7 Oktober lalu, anak keduanya iaitu Aniq Ezzra berjaya menggenggam ijazah saujana muda daripada universiti sama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain