suria

Mimie Haris kini isteri ahli perniagaan, dedah sebab terbuka hati berkahwin lagi

Mimie Haris selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Kharril Anuar.

MENGAKUI tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, penyanyi dan pengacara Mimie Haris akur dipertemukan jodoh dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md Dahilin, 38, pada Jumaat lalu.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 32, berkata, sebelum ini dia ada berkenalan dengan beberapa orang lelaki, namun Khairril dilihat berjaya mencuri hati keluarganya.

"Apabila saya bawa Khairril bertemu dengan keluarga, mereka sangat suka kepada Khairril dan saya mengambil keputusan untuk berkahwin ini pun atas pilihan keluarga.

"Kalau ikutkan dalam ramai-ramai lelaki yang saya berkawan, Khairril yang paling disayangi keluarga saya," katanya kepada mStar.

mimie1

Mimie bahagia disamping suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shahir Zawawi sah bergelar suami Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz, beri wang hantaran RM20,000

Dalam pada itu, Mimie mengakui sebelum ini dia pernah menutup pintu hati untuk menerima lelaki lain selepas gagal dalam dua perkahwinan.

Namun, ibu memintanya membuka ruang untuk mengenali orang lain kerana setiap individu itu berbeza sikap dan personaliti.

"Macam saya cakap saya belum bersedia sebelum ini tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai pasangan kan? Cumanya saya tidak mahu tergesa-gesa.

"Sewaktu menunaikan umrah Mac lalu saya pun ada berdoa agar segala urusan dipermudahkan, baik jodoh mahu pun kerjaya. Mungkin dah tertulis jodoh saya," ujarnya.

mimie2

Mimie mengakui sebelum ini dia pernah menutup pintu hati untuk menerima lelaki.

Sementara itu, Mimie berkata dia tertarik dengan personaliti suaminya yang sangat menghormati orang tua.

"Bagi saya, cara lelaki melayan orang tua itu sangat penting kerana saya lembut hati melihat dia bukan sahaja baik dengan ibu dan ayah, malah dengan orang tua yang lain pun dia memberikan layanan serupa," ujarnya.

Bercerita mengenai suaminya itu, Mimie berkata Khairril merupakan duda dan memiliki seorang anak.

"Suami saya merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

"Tidak dinafikan, saya jatuh cinta kepadanya apabila melihat cara dia melayan anak kecil. Alhamdulillah, anaknya juga dapat menerima kehadiran saya.

"Malah, hubungan saya bersama bekas isterinya juga baik," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain