MALANG tidak berbau! Pelakon Aniq Suhair mengalami patah tangan kanan selepas terjatuh pada pagi Sabtu. Menurut Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 22, sebelum kejadian dia melakukan latihan punching bag dan tangannya itu mula berasa tidak selesa. Tidak mengendahkan kecederaan pada tangan itu, Aniq bagaimanapun berkata keadaan menjadi lebih parah selepas dia secara tidak sengaja terjatuh. "Masa workout tu saya main punching bag. Bila tumbuk tangan mula rasa sakit sikit tapi saya abaikan saja. "Bila balik rumah saya terjatuh dan terhempap tangan. Waktu itu baharu saya rasa sakit yang teramat dan terus ke hospital," katanya kepada mStar. Aniq antara pelakon lelaki yang sedang meningkat naik. ARTIKEL BERKAITAN: Ganti pelakon utama saat akhir, Aniq Suhair anggap rezeki diberi peluang jadi hero dalam ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair alami tegang otot gara-gara menyelam, tak boleh buat aktiviti lasak Dalam pada itu, Aniq memberitahu dia kini berada dalam keadaan baik dan memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih sepenuhnya. "Alhamdulillah doktor hanya simen bahagian yang patah itu tanpa perlu melakukan pembedahan. "Menurut doktor, tempoh sembuh memerlukan masa dalam tiga minggu, tetapi Aniq tetap akan meneruskan kerja seperti sesi fotografi yang memang sudah ada dalam jadual," ujarnya. Sesi bertemu peminat terpaksa dilakukan menerusi panggilan video. Gara-gara insiden, Aniq tidak dapat bersama pelakon Siti Khadijah dalam sesi bertemu peminat bagi drama Sekali Lagi Cinta Kembali. "Sepatutnya semalam saya ada sesi bertemu peminat dengan Siti, tetapi tidak dapat hadir dan hanya dapat berjumpa menerusi panggilan video. "Saya minta maaf kepada semua kerana perkara yang tidak diingini berlaku. Diharap peminat semua dapat mendoakan kesembuhan saya," jelasnya. Drama Sekali Lagi Cinta yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. Selain Aniq dan Siti Khadijah, drama ini turut dibintangi oleh Zaki Azeman, Izzendra, Siti Hariesa, Syamim Farid, Fazlina Ahmad Daud dan Kismah Johar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI