NAMA Sharmila Johan mungkin asing berbanding usahawan sensasi lain tetapi tanpa sebrang taktik pemasaran murahan atau menggedik di media sosial pun dirinya mampu membina empayar perniagaan dengan cemerlang. Sharmila atau lebih dikenali sebagai Kak Ell, 41, berkata, dia juga tidak merasakan gelaran Datuk dapat memberi impak demi meraih populariti dan menarik pelanggan. Malah katanya, biarpun baharu empat tahun menceburkan diri dalam bidang perniagaan, dia mendapat mendapat jualan tahunan mencecah RM34 juta. "Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM34 juta. Kak Ell tidak merasakan kemewahan sebagai perkara yang perlu dibanggakan. "Saya sentiasa percaya, apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah. "Saya memang tak pandai nak menggedik di media sosial atau tunggu gelaran Datuk untuk menarik perhatian pelanggan, cukup usaha dan mengeluarkan produk terbaik kepada pelanggan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak hari pertama IVF saya kongsi perjalanan zuriat ini” - Madammu enggan sorok berita kehamilan walau kandungan baru 5 minggu ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan berbaloi! Rozita Che Wan luah rasa syukur, bangga anak sulung pula tamat pengajian Dalam pada itu, Kak Ell yang terkenal dengan tagline 'Memang Cantik' itu turut memberitahu bangga menggunakan nama sendiri sebagai jenama produknya serta yakin ada keberkatan di sebaliknya. Ini kerana, Kak Ell percaya nama diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. "Saya bangga pakai nama sendiri... Ia macam hadiah juga untuk mak dan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," ujarnya. Meskipun perniagaan sudah berjaya dan mampu memiliki apa dikehendakinya namun Kak Ell berkata itu semua adalah pinjaman daripada-Nya selain ia bukan satu simbol kekayaan yang perlu dibanggakan. Kak Ell mahu dikenali kerana kesungguhannya dalam menjadi usahawan berjaya. Sebaliknya, usahwan ini memberitahu dia lebih suka menghabiskan wang untuk pendidikan anak-anak, membantu ahli keluarga dan rakan selain membelanjakannya ke arah kebaikan. "Sebagai seorang wanita, mustahil saya tak bernafsu terhadap barang-barang berjenama, tetapi saya selalu ingatkan diri agar tidak berlebih-lebihan. "Apa paling penting pelaburan pendidikan anak-anak selain jangan sesekali abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga. "Syurga di bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pernah pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin agar terus mendapat kepercayaan pengguna," katanya. Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI