KUMPULAN popular Indonesia iaitu Noah bakal mengadakan konsert YOLO Malaysia - Noah Live in KL pada November ini. Kemunculan Noah di negara ini adalah selepas kejayaan YOLO Live Sessions: 3 Generasi yang menghimpunkan pemuzik-pemuzik rock seperti Spider, Noh Salleh dan XPDC sebelum ini. Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, selepas enam buah konsert YOLO Live Sessions berjaya menarik penonton sebelum ini, pihaknya bergerak setapak dengan membawa persembahan band dari luar negara buat. "Sebagai permulaan, kami akan membawakan artis-artis dari negara Asia Tenggara terlebih dahulu dan buat pertama kali dalam sejarah, kami persembahkan band ternama Indonesia iaitu Noah. NOAH bersama pihak penganjur, YOLO Malaysia. "Kemunculan Noah di Malaysia adalah sebagai pengubat rindu peminat band berkenaan yang sudah lama tidak menghadirkan diri ke negara ini," katanya. Noah akan mengadakan persembahan itu pada 12 November ini di Zepp Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Akui sering bergaduh, Ariel dan bekas gitaris Noah masih kekal bersahabat ARTIKEL BERKAITAN: Keakraban BCL dan Noah jadi tumpuan... Ini kelebihan jika anak lelaki rapat dengan ibu Tambah Haniff, menerusi konsert itu nanti, penganjur menjanjikan pengalaman luar biasa dengan persembahan 90 minit tanpa henti dengan lagu-lagu hit mereka. Lebih mengujakan, tiga pemuzik profesional akan mengiringi persembahan Noah selain terdapat beberapa kejutan yang bakal menanti penonton. "Pembeli tiket yang bertuah bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dan memukau dari Noah yang dijangka lebih ‘intim’ kerana itu merupakan pendekatan yang sering diterapkan oleh band ini ketika mengadakan persembahan," katanya. Tiket bagi menonton persembahan Noah dijual pada harga RM330, RM450, RM540, RM650 RM888 dan RM8898. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.yoloasia.com. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI