suria

Tak mampu lagi bersaing, Pat Candy sudah jangka tersingkir... gembira generasi muda mula kenal kerana Gegar Vaganza 

Pat Candy gembira kemunculan menerusi Gegar Vaganza mula dikenali generasi baharu.

PENYANYI Pat Candy tidak melihat pemilihan lagu yang tidak sesuai sebagai punca penyingkirannya daripada pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebaliknya menyifatkan nasib tidak menyebelahi dirinya.

Kata Pat atau Nurul Nadhira Patricia Robert, 48, setiap minggu dia sentiasa merasakan dirinya akan tersingkir apatah lagi persaingan daripada peserta lain cukup sengit.

"Bagi saya nasib, sebab peserta lain pun memang hebat-hebat belaka. Memang saya tahu mereka akan berada pada kedudukan atas kerana kita boleh nampak daripada segi persembahan mereka.

"Setiap minggu memang saya rasa akan terkeluar dan membuatkan saya sentiasa bersedia," katanya.

Pat Candy menyifatkan peserta Gegar Vaganza musim ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Pat berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pertandingan minggu kelima GV9 berakhir pada malam Ahad.

Menerusi persembahan duet minggu ini, Pat bergandingan dengan Aepul Roza menerusi lagu Babak Pertama namun penyanyi itu mendapat markah terendah iaitu 58.40 peratus daripada juri.

ARTIEKL BERKAITAN: Perjuangan Pat Candy terhenti di minggu kelima GV9, Jaclyn Victor sekali lagi dapat markah tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pat Candy lebih terbuka kongsi kisah 2 anak autisme, tumpuan pada keluarga punca menghilang

Dalam pada itu, Pat berkata, perasaan dirinya akan terkeluar setiap minggu turut disebabkan kerana tidak mampu bersaing dengan kehebatan peserta lain yang menunjukkan prestasi cemerlang berbanding dirinya.

Bagaimanapun kata isteri kepada pemuzik Edrie Hashim ini, itu bukan bererti dia berputus asa sebaliknya tetap berjuang dan berasa bangga dapat bertahan selama lima minggu dalam pertandingan berkenaan.

Setiap minggu memang saya rasa akan tersingkir.

PAT CANDY

PENYANYI

"Jujurnya saya memang tak sangka akan sampai ke minggu kelima sebab saya ingat saya akan terkeluar pada minggu kedua. Saya memang sentiasa bersedia.

"Alhamdulillah lima minggu bertanding saya sudah cuba memberikan terbaik dan rezeki saya hanya sampai di sini," ujarnya.

Apa lebih penting kata Pat, kemunculannya menerusi GV9 sedikit sebanyak dapat memperkenalkan dirinya kepada generasi muda yang mungkin tidakp pernah mengenalinya sebelum ini.

Persembahan Pat Candy bersama Aepul Roza.

Tambahnya, peluang ini juga membolehkan dia kembali aktif dalam industri muzik yang telah lama ditinggalkan.

"Meskipun tersingkir, sekurang-kurangnya saya gembira kerana semakin ramai terutamanya generasi muda mula mengenali siapa Pat Candy.

"Mungkin mereka tidak kenal atau hanya tahu lagu nyanyian saya, bila dah masuk televisyen ramai mula kenal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain