suria

[VIDEO] Shila Amzah dedah hidap anxiety, punca persembahan merosot di pentas GV9

PENYANYI Shila Amzah mengesahkan mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, akibat masalah itu persembahannya pada minggu keempat di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terjejas selepas mengalami serangan ketika berada di pentas.

"Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen.

Shila Amzah akui penat buat dirinya diserang anxiety.

"Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu," katanya.

Shila berkata demikian ketika sidang media selepas tamat pertandingan minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bertikam lidah gara-gara Shila Amzah, buat perbandingan dengan penyanyi lain... “Jika anda peminat sebenar, hentikan semua ini segera”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bukan kali pertama bertembung... kehadiran Sharnaaz Ahmad di GV9 tak ganggu Shila Amzah, siap bagi ‘eye contact’Men

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Shila memberitahu ada beberapa penyebab yang mempengaruhi dirinya sehingga mendapat serangan secara tiba-tiba.

Ini termasuklah faktor dirinya penat selain terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan netizen tentang dirinya di media sosial.

Masa itu memang saya sudah tidak ingat apa-apa... saya tidak dengar apa pun.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan.

"Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas," jelasnya.

Sementara itu, Shila berkata, setiap minggu dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya lebih menumpukan untuk memberi persembahan terbaik dan menghiburkan penonton.

Persembahan bertenaga dari Shila Amzah.

"Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton.

"Ini termasuk apa kelainan yang boleh saya tonjolkan untuk minggu itu. Setiap persembahan itu kalau tidak banyak, sikit ada kelainan daripada minggu sebelumnya," jelasnya.

Untuk rekod, pada minggu keempat GV9, Shila menyampaikan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila tidak berada dalam senarai lima terbaik dan hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain