suria

Syak jangkitan kuman paru-paru disebabkan tabiat hisap vape, ibu minta Aiman Tino berubah 

Keadaan Aiman semakin pulih selepas tiga hari menerima rawatan.

IBU penyanyi Aiman Tino memaklumkan keadaan anaknya itu semakin pulih selepas tiga hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hazelina atau Riena, 46, berkata, masalah kesihatan Aiman disyaki berpunca daripada penggunaan rokok elektronik atau vape selain tabiat berkongsi alatan tersebut bersama rakan-rakannya.

"Alhamdulillah keadaan Aiman semakin baik. Insya Allah akan dibenarkan keluar hospital hari ini (Isnin).

"Berdasarkan pemeriksaan, terdapat kuman pada bahagian paru-paru. Kami syak ia berpunca daripada vape. Aiman pun sering kongsi alat tersebut dengan rakan-rakan.

aiman tino 2

Keadaan Aiman semakin pulih.

"Kita pun tak tahu jika rakannya itu ada penyakit lain dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Riena memberitahu sepanjang berada di hospital, Aiman menerima rawatan antibiotik bagi menghilangkan jangkitan kuman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair patah tangan akibat terjatuh, sedih tak dapat bertemu peminat ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’

ARTIKEL BERKAITAN: Parut di punggung masih ‘rasa’ pedih, Fuad Rahman serik disebat! - “Mak saya pun tak pukul macam itu”

Malah dia juga berharap agar Aiman akan meninggalkan tabiat menghisap rokok elektronik atau sebarang alatan yang boleh menbahayakan kesihatan.

"Sekarang ini Aiman perlu berehat di rumah terlebih dahulu. Semoga keadaannya akan kembali pulih dan tiada sebarang masalah serius.

"Saya jugadah pesan suapaya tak lagi hisap vape sebab takut nanti ada masalah lain yang menanti di masa akan datang," ujarnya.

Terdahulu, Riena menerusi hantaran di Instagram pada Ahad memaklumkan Aiman dimasukkan ke hospital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain