suria

Saat akhir dapat jemputan hadiri majlis ilmu, Oktovia Manrose sampai berpeluk dengan Asma' Harun

Oktovia dan Aprena Manrose bergambar kenang-kenangan bersama Asma' Harun.

PELAKON Oktovia Mansore melahirkan rasa teruja berpeluang menghadiri sebuah majlis ilmu anjuran pendakwah terkenal Asma' Harun baru-baru ini.

Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 31, berkata, dia tidak menyangka Asma' seorang individu yang peramah dan merendah diri selain menyambut kehadirannya pada majlis Maulid Akhbar itu dengan baik.

"Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuaan baru-baru ini di majlis Maulid Akhbar yang dianjurkan oleh ustazah Asma' Harun walaupun jemputan di saat akhir tetapi Allah permudahkan.

"Ustazah sangat baik, merendah diri dan semoga ini menjadi asbab untuk saya kekal istiqamah dan menarik kita semua ke syura Allah," katanya.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 14.54.30

Oktovia dan Aprena gembira dapat bersama-sama dengan ustazah Asmah Harun dalam majlis ilmu.

Oktovia berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah adik perempuannya, Aprena Manrose dan mereka turut dilihat bergambar kenang-kenangan bersama Asma'.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose nikah kali kedua, kini isteri bekas pemain bola sepak Khairul Efsan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selalu kena tarbiah... Iwan Syahman syukur akhirnya anak perempuan, Aprena dan Oktavia Manrose sudah berhijab

Oktovia dan Aprena yang memakai jubah berwarna hitam berpelukan sambil tersenyum gembira dalam gambar yang dimuat naik di Instagram bersama pendakwah berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, Oktovia turut meminta peminat dan pengikutnya di laman sosial agar sentiasa mendoakan dirinya sentiasa kekal istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 14.50.39

Penampilan Oktovia yang berhijab mendapat pujian dari peminat.

Malah Oktovia berharap, dia dapat sering meluangkan masa menghadiri majlis-majlis berkaitan ilmu agama pada masa hadapan.

"Saya mendoakan sahabat dan pengikut yang selalu menyokong agar kita dapat berkumpul dalam majlis seperti ini.

"Kita sama-sama dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasulullah SAW.

"Hanya Allah yang dapat memberi hidayah tetapi usaha kita adalah untuk bersama-sama berada di dalam majlis ilmu seperti itu," ujarnya.

WhatsApp Image 2022-10-17 at 14.51.35

Oktovia membuat keputusan untuk berhijab pada Aidilfitri tahun lalu.

Menerusi ruang komen pada hantaran tersebut, ramai memuji perubahan Oktovia yang kelihatan lebih anggun dan mendoakan agar dia terus diberikan hidayah.

"Alhamdulillah suka tengok perubahan awak, semoga dipermudahkan segala urusan awak nanti.

"Ya Allah cantiknya Oktovia berhijab... hidayah milik Allah, cantiknya bertambah-tambah sekarang," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain