suria

Isu pemakaian kembali ditimbulkan, Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya

Setiap gaya dan penampilan di khalayak ramai mendapat keizinan suami.

SELESAI isu dedah wajah anak, nama selebriti Neelofa kembali hangat diperkatakan apabila penampilannya yang berniqab kembali dipertikaian segelintir pihak.

Tidak hanya itu, gaya dan fesyen pilihannya turut dikritik netizen apabila ada di antaranya dikatakan tidak bersesuaian dengan imejnya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menjelaskan setiap gaya dan penampilan di khalayak sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.

neelofa2

Neelofa berkongsi di instastory (Kredit: lofa.page).

Bekas pengacara program MeleTop ini memberitahu, kebiasaannya Haris akan membantu 'meluluskan' setiap penampilannya.

"Dialah yang tolong pinkan tudung belakang saya.

"Yang tolong ikat baju, yang tolong luluskan setiap penampilan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan 'penuh'

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa enggan terlibat program TV perlu tampil berdua dengan selebriti lelaki... "Tanggungjawab sebagai isteri dan maruah suami"

Neelofa berkata demikian menerusi Instagram Story miliknya.

neelofa1

Selebriti ini mengakui masih banyak kelemahan diri.

Dalam pada itu, peminat selebriti itu turut memohon orang ramai tidak lagi mempertikaikan penampilan Neelofa yang sentiasa tidak kena di mata netizen.

Malah orang luar tidak perlu berasa bimbang dengan apa dipakai Neelofa kerna semuanya mendapat keizinan suaminya sendiri.

"Untuk yang sibuk cakap pakaian dan tudung Neelofa itu dan ini, tak perlulah risau sebab dia dah dapat keizinan suaminya," tulis netizen.

Meskipun sering dikecam masyarakat, Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain