suria

Nad Zainal pakai tudung sepanjang penggambaran di Thailand, peminat doa jadi asbab buat perubahan 

Nad Zainal tampil berhijab menerusi beberapa foto di instagram.

PENAMPILAN pelakon Nad Zainal yang berhijab sepanjang menjalani penggambaran di Thailand mendapat perhatian pengikutnya yang memuji kecantikannya.

Meskipun dipercayai mengenakan tudung sebagai tuntutan penggambaran namun peminat tetap mendoakan pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, terbuka hati menutup aurat sepenuhnya selepas ini.

Rata-rata menyifatkan Nad nampak semakin cantik dan sopan apabila mengenakan hijab dan berharap pemergian ke Thailand menjadi asbab dia melakukan perubahan.

nad1

Peminat gembira melihat penampilan Nad berhijab.

"Semoga pemergian ke Thailand dengan hijab di kepala menjadi asbab Nad terus menutup aurat.

"Cantiknya Nad bila bertudung, nampak lagi sopan dan manis. Kami sokong 100 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sudah bercerai, masih berkawan dengan bekas suami demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Video temu bual tular, Nad Zainal terganggu ramai buat spekulasi punca cerai... “Please stop! Let's move on”

"Cantik sungguh bila Nad bertudung. Semoga kekal Nad dan dipermudahkan semua urusan," tulis peminat.

Difahamkan, Nad berada di Thailand bagi menjalani penggambaran sebuah program travelog bersama pelakon Ungku Ismail.

nad2

Nad kini sedang menjalani penggambaran program travelog di Thailand.

Nad menerusi Instagram miliknya turut berkongsi beberapa fotonya mengenakan hijab sepanjang berada di negara berkenaan.

Baru-baru ini, Nad mengejutkan peminat apabila mengumumkan perceraian dengan suami selepas tujuh tahun melayari perkahwinan.

Nad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan berkenaan sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya seni.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain