MESKIPUN episod kacau bilau dalam rumah tangganya sudah lama berakhir, namun Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menarik perhatian netizen apabila memohon maaf kepada isteri, Ain Afini di media sosial. PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dalam hantaran istimewa buat isteri memohon maaf di atas semua kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. "Terpaling rindu, terpaling setia, terpaling sayang. Maaf atas salah silap sebelum ini Ain Afini. Benar kata orang, menyayangi orang yang kita sayang itu biasa, tetapi menyayangi orang yang menyayangi kita itu luar biasa," katanya. Kata-kata PU Abu buat isteri menyentuh perasaan. PU Abu berkata demikian menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan gambar mereka berdua yang ketika ini berada di Tanah Suci Makkah. Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram, PU Abu memberitahu dia berasa sebak apabila terkenangkan liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh isteri ketika rumah tangga mereka 'panas' sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu buat ‘u-turn’, sudah rujuk dengan isteri pertama - “Mereka tak mengaku biar saya beritahu, isteri dia Ain Afini bukan Hana Azraa” ARTIKEL BERKAITN: Hana Azraa bukan lagi isteri PU Abu - “Berhenti tanya soal hubungan Abu dengan wanita lain” PU Abu turut menyifatkan kesabaran dimiliki oleh Ain persis Allahyarham ibunya dan tetap berada disampingnya meskipun pelbagai hal berlaku. "Sabarnya persis arwah Ummi... wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tidak kira apa pun. "Meredai segala keputusan si suami. Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Sabarnya persis arwah Ummi... wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tidak kira apa pun. PU ABU PENDAKWAH "Benarlah kata hukama' ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anakmu," tulisnya. Sementara itu, dalam hantaran sama, PU Abu turut memberi bayangan isterinya sedang hamil anak ketiga mereka dan bakal menimang cahaya mata pada Januari 2023. Sebelum ini, nama pendakwah ini hangat apabila bertindak menceraikan Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka. Pasangan ini sedang melakukan ibadah umrah di Makkah. Lebih membuatkan netizen geram, PU Abu berkahwin pula dengan seorang wanita dikenali sebagai Hana Azraa sebelum kembali rujuk dengan Ain dua minggu selepas perkahwinan keduanya. Bagaimanapun rumah tangga bersama Hana hanya bertahan selama setahun sebelum mereka bercerai. Hasil perkahwinan dengan Ain, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, 4 dan Muhammad Aryan 'Afi, 3 tahun. Manakala dengan Hana, mereka mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia dua tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI