suria

Tampil bersama anak dalam drama, rupanya ibu Haneesya Hanne pernah bergelar pelakon masa muda

Haneesya bergandingan dengan ibu menerusi drama Roti Cicah Susu.

IMPIAN pelakon dan model Haneesya Hanee ingin beraksi bersama ibunya menerusi sebuah projek akhirnya terlaksana apabila mereka bergandingan dalam drama Roti Cicah Susu.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 22, berkata, biarpun sebelum ini ibunya, Nor Hasnida, 51, pernah terlibat dalam dunia lakonan namun tidak mudah baginya kembali beraksi semula di hadapan kamera.

"Sebenarnya watak yang dipegang ibu sepatutnya dilakonkan oleh orang lain tetapi disebabkan timbul masalah di saat akhir, penerbit Sheila Rusly menawarkan peranan itu kepada ibu.

"Pada awalnya ibu enggan sebab tiada sebarang persiapan, tambahan pula ibu ada anxiety dan bimbang ia akan menyerang. Tapi, selepas puas saya pujuk, ibu akhirnya bersetuju berlakon bersama," katanya kepada mStar.

hanee2

Haneesya tidak menghalang ibunya untuk terus berlakon.

Terdahulu, Haneesya turut berkongsi salah satu babak melibatkan dia dan Nor Hasnida dalam drama berkenaan di Instagram.

Dalam pada itu, Haneesya berkata, ibunya pernah melibatkan diri dalam bidang lakonan ketika zaman muda namun memilih melupakan impian berkenaan.

Ini kerana, ketika itu bapanya ingin ibunya menjadi suri rumah sepenuh masa dan memberi perhatian kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat perbandingan... Haneesya Hanee sedar diri kurang dikenali, tak cemburu Anna Jobling lebih menyerlah

ARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah tengok kereta dinaiki Haneesya Hanee remuk dirempuh lori 3 tan di Bukit Fraser - “Lori tu laju, makan jalan ke laluan kami”

"Pada waktu itu, ibu mendengar permintaan ayah yang ingin dia memberikan perhatian kepada keluarga. Jadi ibu terpaksa melupakan hasrat berlakon," ujarnya.

Sementara itu, Haneesya tidak kisah sekiranya selepas ini ibunya mahu meneruskan minat dalam bidang lakonan jika ada tawaran bersesuaian.

Baginya, apa sahaja yang terbaik buat ibu kesayangan pasti mendapat sokongan daripadanya dan adik-beradik yang lain.

hanee1

Haneesya selesa diurus oleh ibu sendiri.

"Ibu saya memang seorang yang tak boleh dijangka. Jika selepas ini ada lagi tawaran berlakon untuk ibu, kenapa tidak?

"Saya boleh pujuk dia lagi... tapi kalau tidak pun, ibu mmang sentiasa berada di sisi menguruskan kerjaya saya," katanya.

Drama Roti Cicah Susu turut dibintangi oleh pelakon Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya dan Fizz Fairuz.

Ia diarahkan oleh Azman Yahya dan sedang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan