PELAKON dan usahawan Syatilla Melvin bersyukur perkahwinan yang dibina bersama aktor Shaheizy Sam belum pernah diganggu pihak ketiga sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata, dia dan Sam persefahaman di antara mereka membuatkan mereka sudah 'masak' dengan sikap masing-masing selain komunikasi kunci keharmonian sesuatu hubungan. Tidak mendabik dada dengan kebahagiaan dikecapi, Syatilla sebaliknya memberitahu setiap hari akan memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mengekalkan kebahagiaan dan kasih sayang di antara mereka selain dijauhi perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga. Syatilla dan Sam fahami perangai masing-masing. "Antara saya dan Sam memang tiada rahsia... Kami sudah 13 tahun bersama dan tujuh tahun berkahwin, kami sudah tahu sikap masing-masing. "Malah kalau Sam buka mata sahaja saya dah tahu ada yang tidak kena dan begitu juga sebaliknya. ARTIKEL BERKAITAN: “Tutup muka ingat orang tak cam ke?” - Syatilla Melvin bengang foto adik beradik disalah guna, bimbang timbul fitnah ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin masuk hospital selepas 4 hari bersalin... Alami sakit kepala hingga sukar susukan bayi "Apabila ada benda yang tak kena, kita boleh baca ada yang tak kena. Dia (Sam) tak boleh tipu walaupun dia pelakon hebat, tapi isteri dia tak boleh tipu! "Buat masa ini Alhamdulillah, tiap-tiap hari saya doa minta Allah lindungi rumah tangga agar sentiasa dilindungi apatah lagi kami ada anak-anak dan usia pun semakin meningkat," katanya kepada mStar. Syatilla berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by the Melvins yang diadakan pada Khamis lalu. Apabila ada benda yang tak kena, kita boleh baca ada yang tak kena. SYATILLA MELVIN PELAKON Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu dia dan Sam berpegang kepada prinsip yang sama iaitu menjaga batas semasa di lokasi penggambaran. Bagaimanapun Syatilla bersyukur kerana Sam seorang yang faham status dirinya sebagai seorang suami dan bapa membuatkan dia sentiasa menjaga pergaulan ketika bekerja. "Tiada (amaran kepada Sam) sebab Sam seorang manusia yang sedar diri dan ruang. Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau saya sentuh lelaki lain, macam itu juga saya. Syatilla dan Sam percaya satu sama lain. "Jadi, dia tak buat perkara itu, benda yang sama... Sam faham benda itu dan kami sama-sama pegang prinsip tersebut. Insya Allah selamat," luahnya. Untuk rekod, Syatilla dan Sam telah berkahwin pada 8 Februrai 2016. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizye, 10 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!