BAKAL bergelar seorang bapa tidak lama lagi, aktor Remy Ishak memberitahu dia sudah menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti. Kata Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 40, dia sudah mengumpul nama untuk anaknya sebelum berkahwin dengan isteri, Ezza Yusof. “Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih. Kalau dapat bayi perempuan nama apa, lelaki pun ada senarai. Remy sudah ada nama untuk anak. “Saya ada berbincang dengan isteri mengenai nama-nama yang saya suka. Dia jenis ‘sempoi’ jadi tak ada masalah. “Sejak dulu saya memang suka cipta gabungan nama yang saya suka tapi bukan merujuk pada individu tertentu,” katanya kepada mStar. Remy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta tanya Remy Ishak sendiri dakwaan sedang hamil ARTIKEL BERKAITAN: Video OOTD nampak ‘baby bump’, peminat syak isteri Remy Ishak sudah hamil... “Remy junior is coming” Dalam pada itu, Remy berkata, dia juga tidak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan sebaliknya bersyukur diberi rezeki menimang cahaya mata pada usia 40 tahun. Remy turut memaklumkan kandungan isterinya juga dalam keadaan baik selain tidak mengalami alahan seperti kebanyakan wanita hamil lain. “Saya sebenarnya tak kisah tentang jantina anak, apa Allah beri itu saya bersyukur. Dia tidak mengalami alahan cuma dia jadi sensitif sikit. REMY ISHAK PELAKON “Alhamdulillah isteri dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan cuma dia jadi sensitif sikit,” ujarnya. Berkongsi keterujaan bakal bergelar bapa, Remy seakan-akan tidak percaya dan perasaannya bercampur baur. Ini kerana dia bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya nanti apatah lagi dengan pelbagai cabaran dunia hari ini. Remy dan Ezza berkahwin pada 2021. “Zaman sudah berbeza dan itu antara membuatkan saya risau dalam hendak mendidik seorang anak. “Memang mencabar sebab takut tersilap mendidik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri,” ujarnya. Untuk rekod, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!