suria

Takut nak makan sembarangan, Wan Raja kurus sebab Gerd... Pernah alami anxiety sampai susah tidur

Wan Raja berhati-hati dalam pemilihan makanan.

PELAKON Wan Raja mendedahkan berat badannya turun sebanyak 10 kilogram (kg) dari 80 kg sebelum ini akibat masalah gerd yang dihidapi sejak sekitar tahun 2021.

Kata Wan Raja atau Saiful Redzuan Abu Bakar, 45, disebabkan itu dia kini lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana bimbang masalah tersebut akan menyerangnya.

"Saya kurus bukan sebab berdiet, tapi sebenarnya 'terkurus' kerana masalah gerd. Saya jadi takut nak makan dan tidak berani makan sebarangan.

wan raja 1

Wan Raja juga elakkan perjalanan jauh.

"Kalau salah makan gerd boleh menyerang sampai saya tak dapat tidur. Paling teruk saya pernah kena gerd anxiety. Rasa sakit pada bahagian dada dan sukar untuk bernafas," katanya kepada mStar.

Untuk info, Gerd (Gastroesophageal Reflux Disease) adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Dalam pada itu, Wan Raja memberitahu dia lebih senang untuk memilih lokasi penggambaran sekitar Kuala Lumpur supaya dapat pulang ke rumah selepas selesai bekerja dan bagi mengelakkan perjalanan jauh.

Dia juga terpaksa menanggung sakit ketika awal Ramadan untuk membiasakan diri berpuasa dan mendapatkan rutin pemakanan yang betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery berdepan simptom gerd anxiety, jatuh pitam dalam bilik air hingga hidung bengkok... “Nak tidur sesak nafas”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari terseksa sakit perut, Beby Acha akhirnya selamat jalani pembedahan apendiks

"Sekarang ini kalau shooting saya banyak ambil yang sekitar KL sahaja. Pernah sekali saya ada penggambaran luar KL dan terpaksa bawa seorang teman kerana bimbang jika ada kecemasan. Duduk dalam kereta terlalu lama pun boleh menyebabkan masalah ini berulang.

"Awal Ramadan memang mencabar. Jadi saya pastikan rutin makan teratur. Bangun sahur dan ambil makanan yang betul-betul sihat. Puasa pertama saya memang teruk terasa sakit," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Wan Raja kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Gold yang merupakan terbitan bersama Astro Shaw dan Act 2 Pictures.

Paling teruk saya pernah kena gerd anxiety. Rasa sakit pada bahagian dada dan sukar untuk bernafas

WAN RAJA

PELAKON

Dia tidak berfikir panjang apabila ditawar membawakan watak Datuk Misbun Sidek yang merupakan seorang legenda dalam sukan badminton.

"Secara peribadi saya mengenali Misbun dan disebabkan itu memang tak fikir panjang apabila menerima tawaran. Tapi saya bukanlah membawakan watak ketika dia bermain badminton, sebaliknya ketika dia bergelar jurulatih.

wan raja 3

Wan Raja bergandingan dengan Farid Kamil yang membawa watak Rashid Sidek dalam filem Gold.

"Bagaimanapun ada satu babak iaitu ketika kejuaraan Piala Thomas 1992 dibuat semula. Itu yang membuatkan saya bangga kerana dapat merasakan sendiri detik itu. Sebelum ini hanya melihat di televisyen.

"Susah sebenarnya nak bawakan watak Misbun kerana dia seorang yang tenang dan saya tidak mahu nampak flat dalam menjayakan watak ini. Jadi perlu lebih mewarnai watak ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain