suria

Wajah dan badan dilumur tanah liat, Natasha Hudson kongsi tutorial buat masker semula jadi

Natasha gemar menggunakan masker.

SELEPAS lama menyepikan diri, pelakon Natasha Hudson menarik perhatian netizen apabila berkongsi video di TikTok miliknya yang memperlihatkan wajah dan tubuhnya disaluti dengan masker.

Apa yang menarik perhatian, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 41, memberitahu masker yang digunakan adalah menggunakan tanah liat yang diproses sendiri menjadi bahan kecantikan kulit.

natasha1 - 1

Natasha berkongsi tutorial membuat masker.

"Terus terang memang saya gemar pakai masker setiap hari. Tahu tak clay mask adalah tanah liat? Ada dekat Malaysia ini.

"Saya gemar menerokai benda semula jadi dan herba. Cubalah. Ini adalah ramuan semula jadi yang Allah dah tetapkan untuk kita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Natasha Hudson dah kahwin... Pengalaman lalu mematangkan, yakin suami pilihan terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson buka tudung, kongsi foto dan video bercuti di Langkawi

Natasha berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Natasha turut berkongsi tutorial untuk menghasilkan masker menggunakan tanah liat yang dikutip di dalam sungai.

Kata Natasha, di dalam sungai terdapat batu berwarna merah dan kuning yang boleh dijadikan masker walaupun ia tidak selembut tanah liat semula jadi.

"Kita uli dia (tanah liat) sampai jadi halus. Kalau korang pergi sungai, senang saja nak cari, Kalau sungai itu bersih, korang akan jumpa lumpur leper-leper macam ini.

natasha2 - 1

Natasha kini sudah berhijrah ke Langkawi.

"Kemudian korang cari batu tajam dan gilingkan sehingga hancur, barulah menjadi," jelasnya.

Untuk rekod, Natasha dilaporkan sudah berhijrah ke Pulau Langkawi selepas mengikut suaminya, Muhammad Harits Jasmin yang dinikahinya pada 27 Mac 2022.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain