suria

Siti Khadijah komen isu seimbang hidup dan kerjaya, pandangan Janna Nick ‘harsh truth’ - “Nak tak nak kena hadap”

Siti berkongsi pendapat yang sama dengan Janna.

PELAKON Siti Khadijah senada dengan kenyataan dibuat rakan artis, Janna Nick yang percaya seseorang perlu bekerja keras bagi membolehkan mereka mendapat keseimbangan hidup dan kerjaya (work life balance).

Siti atau Siti Khadijah Halim, 26, berkata, meskipun kenyataan dibuat Janna itu mendapat kecaman ramai namun berpendapat ia adalah kenyataan yang perit untuk ditelan.

Jelasnya, masyarakat harus mengambil secara positif tentang pendapat tersebut dan bukan hanya memandang aspek negatif kenyataan pelakon Cari Aku Di Syurga tersebut.

siti2 - 1

Siti mempunyai target dalam hidup.

"Ini pandangan saya sendiri, saya tak mewakili semua atau sesiapa. Untuk capai worklife balance, kita perlu kerja keras dulu.

"Bagi saya, apa yang Janna cakap tu kita ambil secara positif dan bukannya negatif. Bila pandang positif, kita boleh capai work life balance tapi kita kenalah kerja keras dulu kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh persenda isu 'work-life balance', Amelia Henderson pertahan Janna Nick - "Dia tak gelakkan sesiapa"

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung

"Jadi pada saya, apa yang Janna cakap itu adalah satu 'harsh truth', betul nak tak nak kita kena hadap," katanya kepada mStar.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Viu yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Siti berkata, sebelum berada ditahap kerjayanya sekarang, dia juga pernah melalui banyak liku dan kepayahan dalam kariernya sebagai pelakon.

Ini pandangan saya sendiri, saya tak mewakili semua atau sesiapa. Untuk capai worklife balance, kita perlu kerja keras dulu.

SITI KHADIJAH

PELAKON

Katanya lagi, bergelar seorang selebriti bukan seindah dibayangkan malah mereka juga seperti orang lain perlu berdepan pelbagai perkara baik dan buruk dalam hidup.

"Sebelum sampai tahap ini, saya pernah kena maki, balik lambat, kena campak dengan skrip.

"Orang fikir sebagai selebriti kami sentiasa cantik, glamour tetapi orang tidak tahu betapa penatnya kami.

"Sebenarnya semua pekerjaan pun penat. Jadi cef penat, jadi guru penat tapi orang tak boleh letakkan artis ini hanya sekadar cantik dan hidup mereka mudah," ujarnya.

Siti bagaimanapun percaya sesetengah individu ditakdirkan untuk membantu keluarga mereka keluar daripada gelombang kemiskinan.

Bagi Siti sendiri, dia bukanlah berasal daripada keluarga berada dan justeru itu, aktres ini tidak kisah sekiranya dia perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diperolehnya hari ini.

"Kadang-kadang Tuhan kurniakan kita untuk keluarkan diri daripada kemiskinan. Macam saya, keluarga saya bukan orang senang.

siti1 - 1

Siti mengakui kejayaan memerlukan kerja keras.

"Sebelum berada di tahap ini, watak kecil pun saya ambil. Itulah kisah sebelum saya dapat work life balance sekarang. Saya memang all out bekerja,” katanya.

Sebelum ini, pandangan Janna yang dikemukakan ketika menjadi tetamu program Studio Sembang bersama Amelia Henderson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Janna berkongsi tentang keseimbangan hidup dan kerjaya selepas mengukuhkan kewangan terlebih dahulu, tidak seperti generasi masa kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain