suria

Empayar Alha Alfa bermula daripada membantu bidik foto rakan sebilik

Perniagaan Alha Alfa semakin berkembang maju.

NAMA Datuk Alha Alfa sudah tidak asing dalam industri hiburan kerana sering menjadi jurusolek pilihan selebriti popular tanah air serta menjadi penaja rancagan hiburan televisyen.

Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, termasuk Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Wawa Zainal dan Fasha Sandha.

Enggan meletakkan diri hanya sebagai seorang jurusolek, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengorak langkah dengan mencipta empayar sebagai pengasas kosmetik bagi jenama Alha Alfa Cosmetics.

alha2 - 1

Alha berjaya membina empayar jenama kosmetiknya sendiri.

Figura ini juga dinobatkan sebagai antara 100 Eksekutif Muda Terkemuka di Malaysia yang menjadi inspirasi bukan hanya kepada golongan usahawan, malah bakal usahawan yang ingin mengikut jejak langkah beliau.

Kali ini, mStar ingin membawa pembaca menyelami kisah di sebalik kejayaan usahawan muda ini.

Bagaimana rasa cinta terhadap dunia kosmetik bermula?

Ia merupakan cinta pertama saya ketika menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Diploma Rekaan Hiasan Dalaman. Saya rasa perjalanan hidup saya seperti telah disusun apabila rakan sebilik saya pada ketika itu adalah pelajar jurusan fotografi.

Saya kerap menemaninya melakukan tugasan amali membidik foto. Saya mula jadi pemerhati dan ketika dia kekurangan sumber tenaga, saya telah menawarkan diri berdasarkan pengalaman yang saya ambil sewaktu menemaninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah kereta kesayangan kepada ibu tunggal, Alha Alfa pernah susah buat ‘loan’ sampai terpaksa tunjuk muka keluar majalah yakinkan bank

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa menikah? Alha Alfa kongsi foto pakai baju pengantin siap ucap tahniah

Sebagai pelajar jurusan hiasan dalaman, saya mempunyai kepakaran melukis. Malah, sentuhan pertama solekan saya terpilih dipamerkan di galeri UiTM dan akhirnya mendapat perhatian ramai.

Bagaimana tercetusnya idea untuk Alha menghasilkan produk solekan jenama sendiri?

Saya bermula membawa identiti teknik solekan make-up doll dan berkongsi ilmu dengan mengadakan kelas solekan bersama jenama-jenama alat solek terkenal antarabangsa.

Apabila diberi peluang menggunakan alat solek jenama mereka, saya mula belajar dan peka dengan situasi. Semua alat solek yang saya sarankan ketika dalam kelas dan sesi meet and greet, semuanya habis dijual.

Justeru itu, dengan sambutan yang diterima sangat mengalakkan, dari situ terbit keinginan untuk mengeluarkan produk sendiri.

Alha kini bergelar usahawan.

Alha menjadi jurusolek pilihan selebriti terkenal negara.

Kongsikan pengalaman Alha sewaktu pertama kali menghasilkan produk kosmetik.

Jujurnya, saya memang tidak tahu langsung tentang urusan perniagaan, stokis, ejen dan sebagainya. Saya mula buat kajian tentang perniagaan kosmetik dan undang-undang berkaitan, termasuk prosedur untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi saya, untuk mendapatkan formula menepati kualiti produk itu sangat mudah, tetapi kos material kandungan yang agak tinggi. Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh membuat kajian dan penyelidikan (R&D) sampel, chemist dan kilang sendiri.

Perasaan apabila produk pertama Alha dilancarkan?

Sudah tentu saya berasa sangat teruja dan gembira apabila dapat menguji sampel produk sendiri. Melihatkan hasilnya, ia sangat menepati dengan ciri-ciri pelanggan. Produk pertama saya ialah semburan wajah setting spray bersama shimmers. Kemudian, diikuti bedak asas cecair iaitu alat solek pertama.

Sama seperti usahawan-usahawan lain, saya turut menerima ujian di awal perniagaan dahulu. Produk bedak asas saya mendapat kritikan pembeli yang terdiri daripada bekas pelajar kelas solekan, jurusolek perkahwinan, followers dan peminat.

alha3 - 1

Alha merupakan usahawan muda yang berjaya.

Mereka mengatakan litupan bedak cecair tersebut tidak rata dan mudah tanggal apabila berpeluh. Walhal, saya membuat promosi di media sosial dengan menunjukkan demonstrasi menunjukkan ia mudah dioles dan diratakan serta kali air. Malangnya, ia hanya menepati piawaian pada sampel yang dibuat oleh saya, tetapi tidak pada formula yang dibekalkan untuk jualan.

Tidak mahu menanggung risiko, saya membuat siasatan dan pihak kilang mengaku mereka tersalah sebatian formula. Saya segera mencari solusi dan hantar semula semua baki bedak asas dengan meminta kilang menghasilkan produk menggunakan formula yang sama.

Apakah program yang dianjurkan Alha Alfa Cosmetics sepanjang Ramadan ini?

Bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sepanjang Ramadan ini, kami ada membuat pengagihan bubur lambuk kepada orang awam dan bantuan keperluan anak-anak tahfiz. Antara bantuan yang disalurkan berbentuk kelengkapan pengajian seperti rehal, meja untuk mengaji al-Quran, selain majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Kami juga tidak lupa dengan mangsa musibah banjir, Yayasan milik saya Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKA) turut memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan individu yang memerlukan termasuk golongan mualaf yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain