suria

Rileks! Siti Nurhaliza hanya bergurau... gelaran ‘Penyanyi Nombor 1 Negara’ tak kekal, syukur masih dihargai peminat

Siti harap peminat tidak bergaduh mengenai isu penyanyi nombor satu.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan dia hanya bergurau terhadap komen yang ditujukan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berhubung gelaran penyanyi nombor satu negara baru-baru ini.

Siti, 44, berkata, dia berharap peminat tidak mengambil serius terhadap perkara itu dan menyifatkan ia hanya sebagai hiburan semata-mata.

"Saya rasa ini lebih kepada hiburan dan gurauan. Saya cuma melayan sahaja Datuk Seri Aliff Syukri tu. Saya tahu dia pun sebenarnya sengaja.

"Tak payah kita nak ambil serius sangat. Saya harap peminat faham gurauan kami," katanya.

311813304_439829081589112_2571613125621435538_n

Siti anggap komen penyanyi nombor satu sebagai hiburan.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Iftar Prihatin dan Kopena bersama media dan rakan strategi pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti turut beranggapan gelaran yang dipegangnya sejak dulu itu tidak akan kekal lama.

Sebaliknya kata Siti, sebagai penyanyi dia mahu menumpukan hasil kerja yang baik agar bleh diterima peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dekat belakang awak ya” - Siti Nurhaliza mengalah, ‘iktiraf’ Aliff Syukri penyanyi nombor satu

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Vol. 3 kembali, kali ini tampil Jay Jay dan Ernie Zakri

"Saya sebetulnya tidak mahu orang bagi gelaran nombor satu kepada saya. Bagi saya ia tidak kekal dan tidak boleh bawa ke mana.

"Apa yang penting kerja-kerja yang kita buat. Selagi dapat buat terbaik dan orang suka, selagi itu boleh diterima dalam industri," katanya.

Justeru, Siti bersyukur apabila peminat masih lagi menghargainya walaupun telah lama bergelar anak seni.

339803473_1201509984065848_3041849895581284887_n

Siti dan Aliff berbalas komen.

"Saya patut bersyukur peminat menghargai saya dan biar kekal dihargai dengan sesuatu baik dan positif.

"Saya tak mahu orang mengingati saya dengan perkara tak elok. Kalau yang baik Alhamdulillah," katanya.

Sebelum ini, Aliff Syukri, 36, meninggalkan komen di Instagram milik Siti dan mengelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Siti kemudian membalas komen tersebut dengan mengakui Aliff penyanyi nombor satu negara manakala kedudukannya di belakang usahawan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain