suria

Wali Band ubati rindu ke Malaysia, senarai lagu konsert ikut pilihan peminat

Wali Band ambil kira pendapat peminat dalam pemilihan lagu.

BAKAL menghiburkan peminat di Malaysia sempena Dream Festival Collaboration Vol.2 pada 20 Mei depan, kumpulan asal Indonesia iaitu Wali Band akui teruja kerana hampir enam tahun mereka tidak bertemu peminat di sini.

Mahu memberikan persembahan terbaik sekali gus mengubati rindu peminat, Tomi selaku pemain dram juga memberitahu mereka kini meneliti lagu-lagu terbaik yang akan dibawakan nanti.

Demi tidak menghampakan peminat, mereka juga mengambil maklum respon yang diberikan di media sosial sebelum membuat senarai lengkap persembahan itu nanti.

WALI BAND 1

Wali Band janji persembahan terbaik untuk peminat Malaysia.

"Jika ditanya mengenai persiapan, kami masih meneliti senarai lagu yang menjadi kegemaran peminat di Malaysia. Kami turut mendapatkan pandangan peminat, terutama di media sosial mengenai lagu yang disukai mereka.

"Dari situ, kami akan rangka konsep persembahan yang bersesuaian untuk memberi kepuasan kepada peminat di sana, apatah lagi kami sudah hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur," katanya mewakili rakan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan rock Dream Theater bakal gegarkan pentas Malaysia, adakan konsert Mei depan

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada peminat tersendiri, Lenka tampil konsert di Kuala Lumpur

Dia berkata demikian dalam sesi temubual secara atas talian bersama media Malaysia baru-baru ini.

Pada acara yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu nanti, Wali Band akan menyampaikan sekitar 17 buah lagu dalam durasi masa sekitar dua jam.

Kami turut mendapatkan pandangan peminat, terutama di media sosial mengenai lagu yang disukai mereka.

WALI BAND

Dalam masa sama kata Tomi mereka turut merancang untuk berkolaborasi bersama kumpulan Fllor 88 yang merupakan artis undangan pada malam tersebut.

Menurutnya mereka juga amat teruja apabila digandingkan bersama kerana lagu-lagu Floor 88 pernah tular di Indonesia selain genre muzik yang mereka bawakan seakan-akan sama.

"Lagu Floor 88 tidak asing bagi kami dan peluang bertemu menerusi Dream Festival Collaboration Vol.2 ini kami anggap sebagai penghargaan besar.

wali band 3

Kumpulan Floor 88 dijemput sebagai artis undangan.

"Kami senang sekali dapat bekerjasama dengan band yang paling hype di Malaysia ini.

"Pastinya kami akan berkolaborasi dengan mereka di atas pentas nanti. Apa yang penting, lagu yang dipilih akan membuatkan peminat puas melihat persembahan kami," ujarnya.

Wali Band yang memulakan kerjaya seni mereka pada tahun 1999 popular dengan lagu-lagu yang membawakan lirik santai seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain