suria

Awal Ashaari umpan Lara Alana bercuti ke Jepun jika puasa penuh, tetap didik keistimewaan Ramadan

Awal dan Scha tak paksa Lara berpuasa penuh jika tidak mampu.

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari akan membawa anak perempuannya iaitu Lara Alana bercuti ke Osaka, Jepun sekiranya kanak-kanak itu berjaya berpuasa penuh pada Ramadan tahun ini.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, janji itu dibuat sebagai salah satu cara mendidik Lara berpuasa penuh meskipun baru berusia lapan tahun.

"Saya dan isteri sebenarnya umpan Lara dengan beritahu kalau dia berjaya puasa penuh, kami akan bawa di bercuti ke Jepun sebab dia suka Mario, jadi kamu rancang nak bawa dia berjalan ke Mario World di Osaka, Jepun.

"Kebetulan lepas raya nanti memang kami nak bercuti ke Jepun, jadi alang-alang gunakan alasan itu untuk umpan dia.

"Tapi kadang-kadang dia risau juga sebab dia tanya kalau tak berpuasa penuh adakah masih boleh ke Jepun? Kami jawab, boleh sahaja," katanya kepada mStar.

339803473_1201509984065848_3041849895581284887_n

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mula ajar anak berpuasa penuh.

Awal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Awal memberitahu dia tidak memaksa Lara berpuasa penuh selama satu hari kerana ia merupakan proses pembelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali rasa kehilangan, Lara Alana menangis teresak-esak ikan laga peliharaan mati - “Daddy, I'm not ready for this!”

ARTIKEL TERKAITAN: Awal Ashaari sedar perangai Lara Alana berubah sejak Scha Alyahya hamil - “Ibunya pakai minyak wangi pun dia tanya nak ke mana”

Kata Selebriti 41 tahun itu, dia dan isteri, Scha Al Yahya sentiasa mengingatkan Lara berpuasa di bulan Ramadan merupakan ibadah wajib bagi umat Islam bukan satu paksaan.

"Walaupun janjikan ganjaran, tetapi kami tetap berpesan pada Lara puasa ini adalah kewajipan, kami ajar dia secara perlahan-lahan. Tidak memaksa pun, kalau dia tidak larat tidak mengapa. Proses belajar dan mendidik diri.

"Kalau tahun lalu, Lara puasa macam setengah hari sahaja, tapi Alhamdulillah tahun ini dia berpuasa penuh. Kami nampak dia lebih bersedia dan tenang malah tenaga dia juga banyak, pergi tuisyen, nampak dia punya peningkatan," katanya lagi.

Walaupun janjikan ganjaran, tetapi kami tetap berpesan pada Lara puasa ini adalah kewajipan.

AWAL ASHAARI

PENGACARA

Awal berkata dia dan Scha bangga dengan Lara yang bersemangat untuk berpuasa walaupun kadang kala merungut kerana berasa penat.

Malah Awal bersama Lara juga melakukan pelbagai aktiviti agar anak sulungnya itu tidak terlalu memikirkan tentang makanan kerana berpuasa seharian.

msg-592864573-10085

Awal dan Scha bangga dengan semangat Lara berpuasa.

"Saya bangga dengan dia dalam masa risau juga kalau belakang kami dia buat apa-apa, kan? (makan dan minum).

"Ada masa, dia merungut juga kata penat, dia tanya sampai bila kena berpuasa. So, kami banyak buat aktiviti dan buat dia lupa dengan rasa lapar dan penat," ujarnya.

Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 8, serta Lila Amina 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain