suria

Bapa Sufi Rashid meninggal dunia, derita kanser lidah tahap empat sejak enam bulan lalu

Sufi sempat merawat ayahnya selepas beberapa hari keluar dari hospital.

BAPA kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Rashid Abdul Rahim meninggal dunia pada usia 57 tahun kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

Pengurus Sufi iaitu Nik memberitahu Allahyarham meninggal disebabkan kanser lidah tahap empat yang dihidapinya sejak enam bulan lalu.

Jelas Nik, arwah sebelum ini dirawat di salah sebuah hospital di Singapura sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk dijaga penyanyi tersebut.

129607949_432290014470778_3179943448075079311_n

Bapa Sufi Rashid meninggal dunia.

"Bapa Sufi menghidap kanser lidah tahap empat, kita dapat tahu dia ada barah enam bulan lepas.

"Sepanjang enam bulan itu dia dapatkan rawatan di hospital di Singapura. Doktor baru sahaja benarkan dia keluar wad Selasa lepas, jadi Sufi bawa bapanya pulang ke Kuala Lumpur untuk dijaga memandangkan dia tinggal di sini," katanya kepada mStar.

Nik berkata, Allahyarham selamat dikebumikan pada malam Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza anggap hidap kanser sebagai hikmah, kini giat buat solat qada dan sudah mampu hafal surah lazim

ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Rashid bengang rakan penyewa hilangkan diri, terpaksa tanggung kerugian RM4,000... “Emosi isteri saya terganggu”

"Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, kami kebumikan Allahyarham semalam juga di Tanah Perkuburan Islam Senawang," katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik memberitahu buat masa ini Sufi tidak mahu diganggu kerana masih dalam keadaan sedih selepas kehilangan bapa tercinta.

Menerusi Instagram, Sufi, 32, turut meluahkan rasa rindu kepada bapanya selain berkongsi kenangan sewaktu dia merawat bapanya yang sedang menderita sakit.

316511286_834814610972450_63220738517818604_n

Sufi bersama bapanya semasa rawatan di Hospital Singapura.

"Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan abah hari ini. Abah memang seorang insan yang baik, tak pernah susahkan sesiapa.

"Terima kasih atas segalanya abah. Sufi janji akan jadi anak yang soleh dan manusia yang baik seperti abah. Insya Allah, kita jumpa di syurga nanti abah.

"Rindu... rindu jaga abah," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain