suria

Bukan sahaja ‘hantu’ durian tapi wanita kacukan Jerman-Rusia ini pandai menyanyi, siap lancar lagu raya

Michelle Maali tampil dengan lagu raya berjudul Jom Kita Raya ciptaan komposer Mohariz Yaakup.

PERSONALITI media sosial kacukan Jerman-Rusia iaitu Michelle Maali yang kisahnya pernah tular sebelum ini tampil dengan sebuah lagu raya berbahasa Melayu berjudul Jom Kita Raya.

Michelle, 25, berkata, bergelar seorang penyanyi memang menjadi impiannya sejak kecil dan tidak menyangka dia dapat melancarkan dua buah lagu untuk pendengar di Malaysia.

Apa lebih istimewa, lagu Jom Kita Raya turut mendapat sentuhan Mohariz Yaakup dan ia merupakan kerjasama pertama komposer terkenal tanah air itu dengan penyanyi dari luar negara.

"Bergelar penyanyi adalah impian dan cita-cita saya sejak kecil lagi.

michelle2 - 1

Michelle sudah lama menyimpan hasrat untuk jadi penyanyi.

"Tak sangka pula saya dapat lancarkan dua buah single di Malaysia dengan sokongan peminat di sini," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Pada Disember tahun lalu, Michelle melancarkan lagu Ubah Hati bersempena perkahwinannya dengan jejaka Melayu asal Pulau Pinang iaitu Riza Amir.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya pikat hati gadis Jerman! Lelaki Malaysia ini cerita detik awal perkenalan, selepas setahun akhirnya buat majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja 'hantu' durian, tapi wanita kacukan Jerman-Rusia ini kerap contact mak mentua di Pulau Pinang... si suami pula terubat rindu!

Sebelum ini, Michelle pernah tular di media sosial kerana mempunyai 'tekak' Melayu yang menggemari buah-buahan tempatan seperti durian, cempedak goreng serta juadah Melayu seperti kuih lapis dan onde-onde.

Selain minatnya terhadap durian, gelagat Michelle mempelajari bahasa Melayu termasuk dalam beberapa loghat tertentu turut mencuri hati peminat di aplikasi TikTok.

michelle1 - 1

Michelle bersama suaminya, Riza.

Gadis yang berasal dari Baden Wurttemberg, Jerman ini juga banyak menghasilkan video menyanyikan semula lagu-lagu bahasa Melayu di aplikasi TikTok miliknya.

Personaliti media sosial itu membuat keputusan untuk berpindah ke Malaysia sejak Mei 2022.

Salah satu video nyanyiannya telah meraih sebanyak 1.8 juta tontonan menerusi lagu Beribu Sesalan nyanyian Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain