suria

Penyampai radio KLFM Azura Pedora kurang dikenali tapi popular di Indonesia sebagai penyanyi

Azura Pedora dalam diam cipta nama di Indonesia.

SIAPA sangka penyampai radio KLFM iaitu Azura Pedora kini merupakan penyanyi popular yang berjaya menembusi pasaran muzik di Indonesia dan Australia.

Azura atau Azura Lisa Aziz, 47, berkata, meskipun namanya kurang dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia namun dia berjaya menempah nama dia negara seberang selepas beberapa lagu nyanyiannya kekal dalam carta radio di Indonesia.

Jelas Azura, sejak kecil dia memang meminati bidang nyanyian dan hanya memberanikan diri mencuba nasib di Indonesia dengan mempertaruhkan lagu Kemarau Cinta pada 2015.

"Alhamdulillah lagu tersebut mendapat sambutan hangat dalam kalangan pendengar di Indonesia malah setiap lagu saya diputarkan di kebanyakan stesen radio selain membolosi carta Top 1 Hits di sana.

444377b1-66f6-465e-9095-66582d32c438

Azura (tengah) bersama suami dan juga rakannya.

"Antara lagu yang pernah saya lancarkan di sana adalah Ku Tahu Kau Di Hatiku, Atas Kehendak Mu, Ikatan Kasih, Hari Hari Berhari Raya dan Tingkah Aidilfitri,” katanya.

Lebih membanggakan kata Azura apabila lagu Ikatan Kasih yang dihasilkan pada 2016 serta duet bersama penyanyi dangdut Khairat KDI iaitu Angin Dan Lagi Dan Lagi sehingga kini masih menduduki carta Top 1 serta membolosi carta di 11 stesen radio di Indonesia.

Kata Azura lagi, lagu Angin Dan Lagi Dan Lagi ciptaan penerbit dan juga komposer dari Singapura iaitu Denzai ZBH yang juga merupakan suaminya manakala susunan muzik dibuat oleh komposer Indonesia, Ruby Wahyu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada abai komen negatif pertikai kehamilan ketiganya, minta nasihat Ustazah Asma' Harun

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sumpahan Jerunei’ angkat misteri adat pengebumian, sejarah budaya kaum Melanau

"Rakaman vokal lagu Angin Dan Lagi Dan Lagi ini dihasilkan di sebuah studio di Sukabumi, Jawa Barat ketika saya mengadakan konsert siri jelajah ketiga di Indonesia pada Disember tahun lalu,” katanya.

Menurut penyanyi kelahiran Pasir Mas, Kelantan, konsert siri jelajah yang diadakan bersama artis ZBH Music pada hujung tahun lalu juga mendapat sambutan peminat.

Sejak mula mengenakan hijab pada 2018, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu kini sedang sibuk mengadakan promosi lagu Atas Kehendak Mu di beberapa stesen radio di Jakarta, Sukabumi, Makasar dan Bali.

"Konsert ini mendapat sambutan hangat peminat. Saya bersama Khairat KDI yang juga artis di bawah naungan ZBH Music menghiburkan peminat dalam beberapa siri persembahan.

Penerbit lagu banyak kolobrasi dengan komposer Indonesia jadi nama saya kurang dikenali di Malaysia.

AZURA PEDORA

PENYANYI

“Selain itu, saya dan Khairat KD berpeluang bertemu peminat dan mengadakan persembahan di Sukabumi dan Makasar pada tahun ini,” ujarnya.

Berkongsi mengenai lebih dikenali di Indonesia, Azura berkata, dia banyak berkerjasama dengan komposer di sana membuatkan namanya kurang dikenali di Malaysia.

Malah dia juga bersyukur apabila suaminya mempunyai taraf penduduk tetap di Austalia membuatkan dia berjaya melebarkan sayap di sana.

93fa57f3-596b-4624-972a-84b32f6d09d8

Azura bersama peminat di Indoensia.

"Saya akui penerbit lagu, Denzai ZBH lebih banyak berkolaborasi dengan komposer di Indonesia, jadi nama saya kurang dikenali di Malaysia.

"Saya sering berulang-alik ke Indonesia bila terbabit dengan acara dan promosi lagu. Selain Indonesia, saya juga memiliki satu pasukan yang mempromosikan dan menerbitkan single dan album di Perth, Australia.

"ZBH Music yang bertapak di Perth milik suami menyunting saya sebagai artis pertama dan kekal hingga hari ini,” ujarnya.

Mengimbas latar belakangnya sebagai penyampai radio, Azura berkata dia baharu sahaja berkhidmat di stesen radio KLFM sejak November tahun lalu dan pernah berkhidmat di Johor FM dan Muzik FM selama 10 tahun.

f6929c20-08c8-42d3-80ba-1a0242a0d51b

Azura sedang sibuk promosikan lagu baharu.

“Sebelum ini, saya bertugas di Johor FM lebih sepuluh tahun. Sebagai penyampai radio, saya bertuah diberikan peluang mengasah bakat dalam bidang nyanyian.

“Jadual kerja saya juga teratur seperti dijadualkan walaupun sibuk memenuhi undangan nyanyian di Indonesia dan Australia,” katanya.

Bukan itu sahaja dia juga pernah menjadi pembaca berita, pengacara dan wartawan penyiaran selama setahun, sebelum bertukar ke Johor FM.

Dia juga seorang yang aktif dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah, malah sering memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di seluruh Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain