suria

Bapa pelakon Syazuwan Hassan meninggal dunia

Bapa Syazuwan meninggal dunia pada pagi Rabu.

BAPA kepada pelakon Syazuwan Hassan iaitu Hassan Hapas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.33 pagi Rabu.

Berita duka itu dikongsi Syazuwan, 33, menerusi Instastory miliknya.

"Assalamualaikum semua. Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.33 pagi tadi," tulisnya.

syazz - 1

Syazuwan berkongsi berita sedih di Instastory.

Bagaimanapun, Syazuwan tidak menjelaskan punca dan butiran lain mengenai pemergian Allahyarham.

Sebaliknya, Syazuwan hanya berdoa semoga arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nadiya Nisaa meninggal dunia di Madinah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup popular kerana kontroversi memalukan... Syazuwan Hassan kuatkan iman, elak godaan di media sosial - "Biarlah saya naik perlahan-lahan"

"Semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman," katanya.

Untuk info, Syazuwan pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Sein dan Luna, Cik Serba Tahu, Cinta Fatamorgana dan Dia Menantu Rahsia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain