suria

Shakilla Khoriri luah rasa rindu selepas 5 hari berpisah dengan anak, gembira lihat Ameena bahagia dan disayangi

Shakilla bersyukur ramai yang menyayangi anaknya.

IKATAN suami isteri di antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali mungkin sudah terlerai namun kedua-dua personaliti ini dilihat sedaya upaya menjaga hubungan baik demi anak perempuan tunggal mereka iaitu Ameena Sofia.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, dia berdoa agar hubungan baik yang terjalin di antara mereka akal kekal demi membahagiakan anak mereka yang kini sudah berusia empat tahun.

"Saya harap Allah jaga hubungan ini untuk anak yang baik dan paling memahami serta adil dalam berkasih sayang walau apa pun berlaku.

"Doakan untuk Ameena ya. Terima kasih semua," katanya.

shakilla1 - 1

Perkongsian yang dimuat naik menerusi Instastory.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instastory miliknya pada Rabu.

Menerusi video berkenaan, Shakilla bertemu dengan Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, ketika menghantar anak mereka ke pangkuan aktres tersebut selepas lima hari menghabiskan masa bersamanya untuk menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Shakilla turut meluahkan rasa rindu terhadap Ameena selepas berjauhan dengan kanak-kanak itu selama lima hari..

ARTIKEL BERKAITAN: Tersungkur di tahap paling bawah dalam hidup, Shakilla Khoriri tak lagi simpan dendam dalam hati - "Sangat bahagia dan tenang"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kadang-kadang kami gaduh" - Hubungan masih dingin tapi Shakilla Khoriri dan Fizi Ali tetap komunikasi demi anak

"Baru faham rasa lima hari macam lima tahun tak jumpa. Serius, memang benar dan wujud perasaan itu.

"Masya Allah rindunya dengan anak bertuah ini tak ada bandingan. Rasa rindu yang macam tidur malam pun tak lena. Dahsyat cinta yang Allah hadiahkan kali ini," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini juga berkongsi tiada apa yang membuatkan dia lebih bahagia selain melihat Ameena itu gembira di samping orang tersayang

shakilla2 - 1

Shakilla bahagia apabila melihat anaknya gembira.

Malah kata Shakilla, dia bersyukur kerana Ameena mendapat kasih sayang yang luar biasa daripada orang sekelilingnya.

"Tak ada yang buat saya gembira selain melihat Ameena gembira dan ramai orang ikhlas sayangkan dia.

"Demi Allah, saya merasa lebih daripada gembira dan bersyukur. Ameena memang selayaknya menerima semua ini," katanya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun berpisah pada Disember 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain