suria

ND Lala beraya di rumah Kazar, Syada Amzah sayu sambut 1 Syawal berdua dengan ibu - “Saya kasihan tengok dia”

Syada luahkan kesedihan beraya berdua dengan ibu sahaja tanpa ayah.

PENYANYI Syada Amzah meluahkan rasa sayu apabila sambutan Aidilfitri tahun ini tidak sempurna apabila hanya diraikan bersama ibunya, Datin Fauziah Sarman.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, bagaimanapun memberitahu dia tetap berasa seronok apabila adik-beradiknya yang lain turut bersama mereka pada hari raya keempat.

"Dari hari raya pertama rasa rendah diri tengok orang lain ada keluarga yang lengkap, berpasangan (tapi saya gembira untuk mereka).

"Semalam saya macam sebak betul, akhirnya dapat sambut raya dengan adik-beradik yang lain.

Syada meluahkan rasa sayu sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza.

"Jangan salah faham, beraya berdua dengan ibu pun seronok, dia layan sahaja saya beraya... tema warna tahun ini saya yang pilih dan dia ikut sahaja apa yang saya nak makan," katanya.

Syada berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan gambar adik-beradiknya berkumpul bersempena Aidilfitri namun kelibat bapanya, Datuk ND Lala tidak kelihatan.

Sejak semalam, tular video singkat memperlihatkan kelibat penyanyi era-80 itu sedang berada di rumah pelakon Kazar Saisi selepas dikatakan menghilangkan diri dan di dakwa sudah berkahwin dua.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri ND Lala belum tuntut cerai... Syada Amzah sahkan ibu pergi mahkamah atas tujuan lain

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala ‘pergi’ sekali lagi

Syada sebelum ini juga pernah memuat naik hantaran menyayat hati terhadap bapanya itu mendakwa dia sudah tidak mempunyai akses untuk berhubung dengan ND Lala.

Dalam pada itu, Syada turut bersimpati dengan nasib ibunya yang merindui saat meraikan lebaran bersama suami apatah lagi kedua datuk dan neneknya juga sudah tiada.

Tambah Syada, dia cuba menjaga perasaan ibunya sepanjang hari raya malah berterima kasih kepada saudara mara yang datang menziarahi mereka sekeluarga.

Rumah tangga Fauziah dan ND Lala sedang diuji.

"Saya kasihan tengok dia sebab mesti sambil beraya, dia tengok sahaja orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Ia mengecewakan saya.

"Belum dengan saya perlu jaga dia daripada terdengar lagu raya sedih... sebelum dia mula menangis, saya sudah menangis dahulu. Ibu yatim piatu, jika datuk dan nenek saya masih ada, saya yakin itu akan membuatnya lebih bahagia.

"Semalam sekurang-kurangnya adik-adik dia ada untuk dia, terima kasih Mak Ngah dan Mak Lang sudi datang. Cucu saudara penuh satu rumah," katanya.

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram mendakwa individu itu menganggu rumah tangganya.

Syada seronok dapat berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Fauziah menulis 'penyondol... Siti Munirah Abd Ghani' namun pada hari berikutnya mengemas kini kepada 'Isteri Datuk ND Lala... Datin Siti Munirah Abd Ghani'.

Fauziah pada 3 April lalu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala namun dinafikan oleh Syada.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain