PENGUNDURAN Qi Razali sebagai pemain dram OAG awal Januari lalu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penggemar kumpulan itu yang tertanya-tanya di sebalik tindakan tersebut. Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 45, juga tidak memperincikan tindakannya itu namun memberi bayangan wujud kemelut yang berlaku di antara dia dan anggota lain dalam OAG yang menjadi penyebab dia mengambil keputusan bergerak solo. Bagaimanapun, tindakan Qi memuat naik gambar bersama vokalisnya Radhi yang berkunjung ke rumahnya bersempena Hari Raya Aidilfitri seolah-olah menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini. Pelakon dan pengacara itu juga menjelaskan pertemuan tersebut tidak dirancang dan mereka juga saling bermaaf-maafan. Kali terakhir Qi beraksi bersama OAG pada Disember tahun lalu. "Lawatan mengejut, bermaafan itu penting," tulisnya ringkas pada kapsyen gambar berkenaan yang dimuat naik di Twitter miliknya pada Rabu. Menerusi foto tersebut, Qi dan Radhi yang mengenakan baju Melayu tersenyum mesra seperti menandakan persengketaan yang berlaku sudah terlerai. ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali gerak solo, beri bayangan kemelut dengan OAG... “Aku tisu tandas, guna selagi aku bernyawa” ARTIKEL BERKAITAN: Joe Flizzow ‘Sunyi’ walau nama dipuncak, kenang kehilangan bapa ketika sibuk naikkan Hip Hop Pengikut Qi di Twitter turut menyambut baik dengan perkembangan terbaharu itu dan mendoakan agar persahabatan dua sahabat itu kekal selamanya. "Syukur Alhamdulillah. Biasalah dalam perhubungan ada liku-liku dia. Buang yang keruh ambil yang jernih. "Moga kekal selamanya, saya hormat dengan anda berdua. Berdamai di hari raya," antara komen peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!